assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat..
Pertamanya dan selama-lamanya aku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana limpah kurnianya dapat aku menyambut raya Haji pada tahun ini.Kita antara orang yang bertuah kerana dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk menyambut raya Haji pada tahun ini,jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan kita yang telah kembali ke rahmatullah,tak sempat mereka nak merasa kebesaran ALLAH lagi..oleh itu bersyukurla kita dengan apa yang telah ALLAH kurniakan pada kita yang masih bernyawa ini,jangan sesekali kita salah gunakan peluang yang ALLAH kurniakan pada kita ini,gunakannya dengan sebaik mungkin!
ok,kalau hari raya Aidil Fitri adalah untuk mengucap syukur ke hadrat ALLAH setelah sebulan berpuasa,ataupun bagi yang gagal menempuh ujian puasa dengan baik,itulah waktu untuk dia bertaubat dan menyesal,raya Aidil Fitri dapat duit raya..hik2..Maka Hari Raya Haji pula,adalah untuk umat ISLAM mengingati kisah-kisah pergorbanan yang pernah dilakukan oleh para Nabi terumanya kisah pengorbanan Nabi Ismail oleh bapanya Nabi Ibrahim,kaum keluarga mereka,wali-wali dan orang soleh.Pergorbanan mereka yang begitu tinggi itulah tanda pengabdian mereka kepada ALLAH yang tidak berbelah bahagi.Dan kita patut mencontohi mereka.Kerana itulah,selain berhimpun dan bersembahyang beramai-ramai(lebih afdhal),kita juga disunatkan melakukan korban binatang dan mengagih-agihkan dagingnya kepada orang yang miskin.Itu sebagai latihan kita berkorban untuk saudara sesama ISLAM demi kerana ALLAH S.W.T.Dan untuk pengetahuan binatang korban ini akan menjadikan binatang tunggangan kita di akhirat kelak.Subhanallah!hebatnya!
Hukum sembahyang sunat raya Haji sama juga dengan sembahyang sunat raya Aidil Fitri iaitu sunat muakkad,dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah meninggalkannya.tapi yang berbezanya ialah kalau raya Aidil Fitri disunatkan makan dulu sebelum sembahyang raya,tapi bagi raya Haji tidak disunatkan kita makan dan minum,tetapi terus sahaja melakukan sembahyang.
HMM..YA ALLAH YA TUHANKU semoga raya Haji(sebagai latihan kita berkorban untuk saudara sesama ISLAM) tahun ini akan membuatkan kita semua@umat ISLAM diseluruh dunia akan bangkit untuk menolong saudara mara kita di PALESTIN,IRAQ,AFHGANISTAN,CHEHNYA DAN DIMANA-MANA SAHAJA UMAT ISLAM YANG DITINDAS TANPA BERGANTUNG PADA KAFIR LAKNATULLAH!ALLAHUAKHBAR!SEMOGA ISLAM TERUS MEKAR DIBUMI ALLAH INI!
0 comments:
Post a Comment