Tuesday, October 1, 2013

Kehidupan

Semua daripada kita mengharapkan kebahagiaan,tiada siapa pun yang mahu hidup derita. Namun hakikatnya tak semua yang dapat bahagia, ramai yang derita. Kenapa begitu?

1. Kita kene faham, kita merancang dan ALLAH juga merancang, dan sesungguhnya perancangan ALLAH lah yang terbaik. Kita fikir perancangan yang kita buat tu da sempurna, da ok tapi hakikatnya di sisi ALLAH belum sempurna, atas dasar itu ISLAM menyuruh kita bertawakkal!apabila kita selesai berusaha dengan membuat perancangan, kita disuruh untuk berdoa agar usaha kita, perancangan kita selari dengan perancangan Ilahi.

2. Ujian, kadangkala ia adalah ujian daripada ALLAH untuk kita,sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa alam dunia ini adalah tempat untuk kita diuji. Ujian setiap insan berbeza-beza, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan kemiskinan dan ada juga diuji dengan mempunyai masalah dengan pasangan, dan yang penting ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya melebihi daripada apa yang boleh ditanggung oleh hamba. Firman ALLAH: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286). Tapi kenapa perlu diuji?? ALLAH jawab, firmanNYA "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"Surah Al-Ankabut, 2 (29:2)

3. Menyalahi yang benar. Maksud ayat menyalahi yang benar tu menyimpang dari jalan kebenaranlah, kita pilih jalan yang salah. Jalan kebahagiaan lurus tapi kita g corner kanan,memang jeng kreng lah!nak g KL tapi kita lalu jalan nak g KB, memang salahla, terang-terang sesat kat situ, nak betulkan balik perlu rujuk pada peta atau GPS. Begitu jugalah dengan kebahagiaan yang hakiki, perlu merujuk dan mengikuti pada panduan yang telah diberikan iaitu AL-QURAN dan Hadis, insyaALLAH bahagia sepanjang zaman.

4. “Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.”


Wallahu’alam, Hamba Fakir.

1/10/2013