Monday, July 11, 2011

PEMUDA!PEMUDI!AYUH DAFTAR MENGUNDI!

Bismillah,

Tatkala ini pelbagai pihak samada Pemimpin mahupun masyarakat awam sibuk mengatakan bahawa Pemilihan tampuk kepimpinan negara yang akan datang berbeza dengan sebelumnya, ini kerana pilihanraya umum akan datang(PRU13) majoritinya akan ditentukan oleh golongan PEMUDA/PEMUDI.Aura yang dibawa oleh mereka pada masa ini begitu ketara,kita juga dapat merasakan gelombang yang dibawa oleh golongan ini melalui pelbagai sumber,samada melalui laman sosial seperti facebook,twitter mahupun blog atau melalui perhimpunan yang diadakan.Namun begitu,realitinya masih ramai lagi PEMUDA/PEMUDI yang layak untuk memilih tampuk kepimpinan akan datang tidak mendaftar!Dianggarkan lebih 1 juta PEMUDA/PEMUDI masih belum mendaftar.Jadi saya disini terasa terpanggil untuk menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian yang mana belum menunaikan tanggungjawab tersebut untuk cepat-cepat melakukannya.Tidak ada gunanya jika kita bermati-matian bertikam lidah berhujah mengenai perkara ini(politik) tetapi masih gagal menunaikan tanggungjawab untuk menjadi pengundi.xde susah mane pun nak daftar ni haa,teman tolong kabo tempat yang boleh deme daftar:


senarai pusat pendaftaran:

i) Ibu Pejabat SPR Putrajaya.
ii) Pejabat Pilihan Raya Negeri.
iii) Pejabat Pos Berkomputer Terpilih.
iv) Unit Pendaftaran Bergerak Di Tempat-Tempat Umum.
v) Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.
vi ) Penolong Pendaftar Luar Bandar.
vii) Pusat-pusat Membeli Belah atau Pasaraya.


Sebagai mana yang kita(Muslim) sedia maklum bahawa memilih pemimpin itu hukumnya wajib(untuk urusan atau perkara yang dibenarkan oleh syariah),jadi jangan lah tangguh-tangguhkan,takut nanti disoal disana nanti,susah kita.

Dalil:
Jika ada segolongan pihak,melebihi 3 0rang dengan tujuan mahupun urusan yang sama(urusan yang dibenarkan syariah),maka perlu dilantik salah seorang menjadi ketua.

«إِذَا كَانَ ثَلاَثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ»

Jika ada 3 orang bepergian, hendaklah mereka melantik salah seorang diantara mereka menjadi pemimpin(Hadis riwayat Abu Dawud dari Abu Hurairah)

Akhir kata,Ayuh teman-teman sekalian,secara adatnya kita penentu masa depan tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.Jadi perubahan itu harus bermula dari diri kita sebelum merebak ke diri masyarakat lain.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia!PEMUDA/PEMUDI JOM DAFTAR MENGUNDI!