1.Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.
2.Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.
3.Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
4.Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.
5.Tepati janji adalah kembar kepada benar.
6.Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
7.Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.
8.Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.
0 comments:
Post a Comment