Mohd Hazwan Syafiq bin harun
Vice Director UMP STAR'11
UMP/FKM/BMM/3YEAR.
2 march 2011(Rabu)
22:54 Bertolak dari UMP menuju ke KLIA.Kami bertolak mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bertolak sebelum pukul 11 malam.
3 march 2011(Khamis)
04:09 Kami sampai ke KLIA.Penerbangan kami pada pukul 9 pagi.
14:44 kami sampai di Pudong Shanghai International Airport.Airport ini kurang sibuk pada masa ini,tidak ramai orang di dalam airport tersebut.Namun dari segi binaan bangunan airport ini agak besar berbanding airport yang pernah saya lawati sebelum ini, dari sudut kejuruteraan awam bangunan yang terdapat di Airport Pudong ini memiliki teras yang kukuh bagi menahan kadar getaran yang tinggi(gempa bumi).Kami menaiki Maglev dan kereta api untuk sampai ke Hotel kami(Captain Hostel)
Pengalaman menaiki Maglev
MAGLEV singkatan nama bagi (magnetically Levitated),saya pernah didedahkan mengenai kecanggihan kejuruteraan yang terdapat dalam sistem maglev ini dalam satu ceramah yang diadakan di UMP,agak teruja apabila mendengar hal berkaitan Maglev ini,kerana system kejuruteraan yang digunakan adalah teknologi yang baru dan tidak terdapat di Malaysia.Tiket Maglev berharga 40 yuan(harga potongan jika ada tiket penerbangan) dan hanya mengambil masa selama 7minit untuk perjalanan 30 km.Apa yang sangat mengagumkan saya ialah system kejuruteraan bunyi yang terdapat pada maglev tersebut.walaupun menghampiri kelajuan jet namun bunyi yang dihasilkan sangat perlahan.hebat!
19:30 Keluar untuk makan,terpaksa keluar awal kerana ingin mencari kedai makan halal. Cuaca agak sejuk iaitu 2 celcius.Teruja dan sayu bila mana jumpa kedai halal dan disapa oleh pelayan kedai dengan hanya menyebut “muslim”,”muslim”,ingin memberitahu pada kami bahawa kedai mereka halal sebenarnya.Kedai makan ini menyediakan makanan ala negeri Islam di China iaitu negeri zinjang,makanan utama ialah ramen(mee yang diperbuat daripada tepung).
4 march 2011(Jumaat)
Tujuan utama pagi ini ialah mencari Masjid untuk menunai solat fardhu Jumaat.Pada hari ini salah faham antara kumpulan mula timbul, kami tersilap jalan dan banyak kali naik bas.Pengiring@Penasihat Encik Syukur menjadi orang penting dalam menyelesaikan masalah tersebut.Kami sampai di Masjid tersebut dalam pukul 12.30 pm.Keadaan agak unik disini jika dibandingkan dengan Malaysia.Di Malaysia sudah pasti baju melayu menjadikan kemestian untuk solat jumaat,namun di Shanghai mereka menggunakan kot berwarna hitam,Mungkin mengikut musim disana,kami pergi semasa musim sejuk,mungkin kerana sejuk,mereka memakai kot. Saya agak keliru pada mulanya,Imam membaca khutbah secara duduk,ingatkan mazhab lain!rupa rupanya belum masuk khutbah.itu hanyalah sesi mengajar agama.Khutbah dijalankan secara ringkas,sekadar melakukan yang fardhu sahaja. Diluar Masjid,disepanjang jalan berhampiran masjid terdapat gerai-gerai yang menjual makanan halal,disini juga mereka yang beragama Islam mendapat stok daging halal,mereka gelarkan gerai disepanjang jalan tersebut sebagai “Muslim Streets”.
5 march 2011(sabtu)
08:30 Masih diCaptain hotel.Berkumpul untuk ke Fudan Universiti.Bersembang dengan Pensyarah yang berasal dari German di lobi hotel,beliau mengajar bahasa German di Shanghai dan sudah mengajar selama 3 tahun.Ain(salah seorang peserta UMP STAR 11) menyapa beliau menggunakan bahasa German,Pensyarah tersebut agak teruja apabila mendengar Ain menggunakan bahasa German dan merasa terharu kerana UMP menawarkan subjek bahasa German sebagai subjek bahasa asing.
08:55 kami berada di Nanjing east road train station.Menaiki kereta api untuk pergi ke Fudan Universiti.Keadaan sistem kereta api di Shanghai agak berlainan dengan Negara kita,kerana di Shanghai mereka hanya menggunakan satu trek iaitu dari station 1 sampai station 10.Dan dari segi tiket pula,kami hanya perlu membayar 3 yuan dan boleh pergi kemana laluan.
10:00 Sampai di Universiti Fudan.Diiringi oleh seorang pelajar tahun 2 universiti tersebut dan soh yan xin sebagai pengalih bahasa(mandarin-english).Sebuah universiti lama namun dipenuhi dengan ciri-ciri moden.Diasaskan pada tahun 1905,Universiti ini merupakan universiti swasta yang dibiayai penuh oleh masyarakat yang prihatin tentang kepentingan ilmu.Menduduki ranking pertama dalam bidang seni.Universiti ini juga memiliki bangunan universiti ke-3 tertinggi di dunia,dan di bangunan tersebut itu menempatkan fakulti dan dewan kuliah.Universiti ini memiliki keluasan yang luas dan masih menyimpan bahan-bahan sejarah dari awal pentadbiran universiti tersebut.Sangat berbeza dengan kita diMalaysia,apabila ciri kemodenan datang,kita akan merobohkan yang lama,dengan alas an untuk membina sesuatu yang lebih baik.
12:00 Mengusulkan kepada Pengarah supaya mengadakan post mortem apabila selesai aktiviti(malam) dan dipersetujui oleh pengarah dan penasihat program.Post mortem diadakan pada pukul 10 malam di lobi hotel.
Isu yang dibangkitkan pada post mortem yang pertama
1.)Pergerakan tidak beratur dan berterabur
2.)Mengenai ketetapan masa
3.)Keselamatan diri dari segi individu dan barangan.
Penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan
1.) Melantik person in charge(P.I.C) bagi Setiap akitiviti yang dijalankan.
2.) Pergerakan akan dilakukan secara berkumpulan,bagi mengatasi masalah keselamatan .
Isu-isu lain
1.)Membincangkan mengenai tentatif untuk aktiviti esok dan lusa.
2.)Melantik P.I.C untuk program yang bakal dijalankan
3.)P.I.C membentangkan mengenai laluan untuk aktiviti esok
Pros mortem ditangguhkan pada pukul 12 malam dan akan disambung pada malam esok.
6 march 2011(Ahad)
Aktiviti pada hari ini ialah ke taman yuyuan dan ke old town streets.Aktiviti hari ini lebih kepada santai kerana hujung minggu.
10:00 ke Taman yuyuan.Hanya berjalan kaki kerana tidak jauh daripada hotel kami.Taman yuyuan ini sudah berusia 400 tahun dan terletak berhampiran old town streets.Harga tiket ialah 30 yuan.Suka untuk saya bercakap mengenai struktur bangunan yang terdapat dalam taman yuyuan ini.Walaupun bangunan tersebut sudah berusia lebih daripada 400 tahun(semasa era dinasti ming),namun bangunan yang terdapat dalam taman yuyuan tersebut masih kukuh dan seni ukir yang terdapat pada bangunan tersebut amat sukar untuk dibuat walaupun menggunakan teknologi canggih yang ada pada zaman ini.Taman yuyuan membuktikan kepada kita bahawa sistem kejuruteraan telah wujud sekian lama dan aplikasi sains telah lama diamalkan walaupun tanpa alatan canggih!
12:00 Tamat aktiviti di Taman yuyuan dan ke Old Town Streets.Old Town Streets ini jika di Malaysia seolah-olah Petaling streets Cuma barangannya lagi murah.Terdapat pelbagai barangan yang dijual disini.Sempat membeli t-shirt untuk keluarga.Berjumpa dengan peniaga yang menarik perhatian kami,dia menjerit kearah kami,”murah”,”murah”,ingatkan peniaga dari Malaysia rupanya orang Indonesia.
17:00 bertolak pulang ke hotel kami.
22:00 Post mortem kedua
1).Membincangkan isu yang sangat penting iaitu berkaitan pencapaian objektif program UMP STARS 11.Hasil daripada perbincangan kami sepakat untuk merubah beberapa tentatif dan digantikan dengan tentatif yang lebih sesuai dengan matlamat kami ke Shanghai.
23:25 Bersembang dengan seorang perempuan yang berasal dari Kuantan dan datang melancong ke Shanghai.Dia berkata beruntung jadi Mahasiswa zaman sekarang ,kerana banyak kemudahan yang universiti dan kerajaan sediakan.Dia lagi terkejut apabila kami memberitahu yang kami datang dengan menaiki pesawat MAS,katanya sangat beruntung jadi Mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment