Saturday, February 26, 2011
Apa bagusnya system pengajian Pondok
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang diizinkan oleh ALLAH S.W.T untuk menumpang di Pondok Pinang Merah,Paka,Dungun Terengganu. Walaupun sekejap namun pengalaman yang ditimba sangatlah berguna pada diri yang hina ini. Semoga artikel yang dicoret ini dapat sedikit sebanyak merubah tanggapan masyarakat terhadap system pengajian pondok yang selama ini dianggap ketinggalan zaman dan kolot. Mungkin ramai diantara kita lupa bahawa sistem pondoklah yang menjadi benteng penting kepada masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu apabila penjajah datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan dakyah-dakyah agama mereka dan memurtadkan masyarakat Melayu pada masa itu. Dan tugas untuk melawan dakyah-dakyah penjajah itu dipikul oleh Ulamak-ulamak,Tuan Guru,Ustaz,dan Pelajar-Pelajar Pondok dengan menjadikan Pondok sebagai benteng dalam memastikan akidah masyarakat Melayu pada masa terselamat dari dimurtadkan.Sungguh besar jasa akan Pondok ini dapat dinilai dengan ungkapan seorang Ulamak terkenal tanah air kita ini,”jika tiada system Pondok pada masa itu,pasti tidak ada yang beragama ISLAM di Malaysia pada hari ini”.
Apa bagusnya system pengajian Pondok? Suka untuk saya membahagikan ia kepada tiga point yang utama iaitu:
1.) Dipermudahkan ke Syurga oleh ALLAH S.W.T
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,”Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya ke jalan menuju Syurga”.
Bagi orang awam,rata-rata beribadat kepada ALLAH S.W.T kerana inginkan balasan yang baik iaitu Syurga, Dan seperti yang dinyatakan dalam hadis diatas cara mudah untuk ke Syurga ialah dengan menuntut ilmu!dan Pondok merupakan salah satu gedung ilmu yang dimaksudkan.Mungkin ada yang bertanya kenapa Pondok?kenapa tidak sekolah agama biasa?jawapannya ialah cara pergaulan,Jika di Pondok pergaulan antara Lelaki dan perempuan amat-amat dijaga,dan tempat belajar mereka juga diasingkan.
2.) Tanda pengingatan sentiasa ada
Kebanyakkan hari –hari dipondok tidak lekang dengan kehadiran orang-orang yang sebelum ini tidak pernah sesekali meringankan diri ke Pondok.Jadi apa tujuan mereka datang?mereka datang untuk mengambil pelajar-pelajar Pondok ke rumah mereka untuk menunaikan perkara yang menjadi fardhu kifayah kepada kita semua iaitu solat jenazah.Boleh dikatakan setiap hari pasti ada saja yang meninggal dunia di kawasan Pondok Pinang merah ini,penulis pada awalnya agak gementar dengan suasana ini,mana tidak nya hampir setiap hari penulis melihat jenazah yang dikafankan terbujur kaku di tempat pembaringan!terdetik juga dihati rasa takut akan mati!mulalah diri menghitung dosa-dosa lama!Pengingatan tertandang lagi.
3.) Rezeki tidak putus
Tinggal diPondok tidak memerlukan kita untuk runsing mengenai rezeki,jika diluar kita biasanya bersusah payah untuk mencari rezeki,namun diPondok keadaan sebaliknya berlaku,rezeki datang mencari kita diPondok(istilah saya).Point yang akan saya katakan sebentar nanti bukanlah untuk menyatakan mengenai keuntungan tapi sekadar untuk menunjukkan yang ALLAH memurahkan rezeki kepada pelajar Pondok,harap tidak disalah ertikan.Kebiasaannya di Terengganu ini, apabila sudah selesai menunaikan solat jenazah waris akan mengedarkan sampul duit yang kebiasaannya berisi RM10.Duit ini bukanlah dianggap sebagai bayaran tapi hanya untuk bersedekah,mudah-mudahan pahala sedekah itu sampai kepada si jenazah.Jika ada jemputan-jemputan program seperti program cukur kepala dan sebagainya pasti ada rezeki untuk pelajar-pelajar pondok,tidak kiralah samada makanan mahupun duit.Ramai masyarakat yang prihatin tentang pelajar di Pondok menghantar makanan di Pondok sampaikan tak mampu nak dihabiskan kerana terlalu banyak.Dan ada juga sesetengah pihak yang salah taksir akan maksud MEMBAZIR menghantar makanan lebihan program siang hari mereka ke Pondok,dan kebanyakkan makanan yang dihantar telah basi!Pelajar pondok jugak yang jadi mangsa..kesian kami!
Pelajar Pondok juga termasuk dalam golongan fisabilillah!jadi ringankan tangan untuk membantu mereka!anda tidak akan rugi,kerana share yang anda berikan kepada mereka pasti akan berkekalan walaupun anda sudah tidak bernyawa!wallahua’lam!
Ditulis oleh:
Saudara Mohd Hazwan Syafiq Bin Harun
2 comments:
urm..nk tnye...prempuan y mmg asal2 xbrape tahu pasal agme ni..leh x nk msuk..join skejap je..sal msih lg blaja..time cuti sem je ke..
boleh..amat-amat digalakkan
Post a Comment