Saturday, April 2, 2011

Sejarah April fool!



Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,
Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam
terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang
Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam
bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah
meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada
keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke
pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk
menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal
kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar
telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang
kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam
merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang
lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima
akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau
tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang
bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri
hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi
pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya
kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang
lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang
budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan
halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud,”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang
biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai
Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)”


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



1 comments:

Senang Hamil said...

terima kasih kerana share..

Post a Comment