Wednesday, September 7, 2011

JAMAAH MENYAMPAIKAN.

“Tuan-tuan yang mulia,kami Jamaah dari kampung sekian-sekian,datang untuk belajar menghormati orang disekeliling,datang untuk sama-sama ‘fikir-risau’ mengenai masalah Ummat”,petikan kata dari salah seorang ahli Jamaah juga pemula bicara dalam menyampaikan dakwah.Lembut bicara,aturan kata dan wajah terukir senyuman sentiasa,mercu tanda Jamaah ini.

Rasa tidak adil jika menilai tanpa mengetahui,ibarat berhujah tiada berfakta.Lantaran itu kugagahi diri ini untuk ditempatkan dalam Jamaah ini.Dirai ibarat insan berjasa,tiada istilah baru dan lama,semua sepakat memsang niat,hanya berhajat keredhaan Ilahi.

Niat dihati ingin membukiti amalan, untuk mengejar bonus yang dijanjikan kerajaan Ilahi,lantaran itu kutekadkan hati untuk merasai sesuatu yang baru kutemui.Jarang sekali seusia begini,ku beriktikaf disurau,menikmati tidur yang tiada berbantal yang jelas lebih nikmat ku rasai.Seawal pagi ku dikejutkan,dikejutkan oleh geseran pergerakkan kaki,lantas bangun memandang sekeliling,terkejut melihat kiri kanan hamba soleh menyembah TUhan yang esa.Lantas ku kuatkan diri,meninggalkan kamar mimpi yang biasanya kuhargai,membasahi anggota diri dengan air pagi syarat yang perlu sebelum menyembah Allah azza wa jalla.

Tikar dihambar,talam dibentang,nasi dihidang ditengahan dan lauk menghiasi ibarat hiasan pembuka selera jamuan pagi.Mungkin gerangan berkat bersarapan ini pagi ibarat sentuhan tengahari.

Mulut sentiasa berbicara, IMAN DAN AMAL topik perbualan juga diselangi sama kisah Nabi dan sahabat sebagai panduan dalam mencari Nur ALLAH.Solat senantiasa berjamaah, aku juga turut sama, hanya kerana aku sudah disini,kalau dirumah belum tentu aku seawall ini aku laksanakan!insaflah aku!insaflah diri!mati hanya sejengkal jari!

Cukup indah pengalaman ini, merasai dakwah cara Nabi.Ku tulis sebahagian kecil disini selebihnya kusimpan dalam sanubari.Tidak cukup sekadar mendengar.Harus kau mencuba barulah kau merasai,jangan takut beranikan diri,tepis bisikan penghasut diri.

SEMUA KITA PERLU PENJAGA,

DARI KECIL SAMPAI BALIGH,

KORBAN MASA, KORBAN TENAGA

ITULAH NAMANYA JAMAAH TABLIGH.


HAZWAN SYAFIQ

OGT

7/9/2011

Sunday, August 21, 2011


Ramadhan adalah musim bunga bagi sebuah pohon TAQWA.Setelah 11 bulan daun-daunnya berguguran ditimpa kemarau ibadah,ranting-rantingnya nyaris patah diterpa angin maksiat.Ramadhan datang untuk mengembalikan keindahan pohon TAQWA dengan memberikan naungan berjuta-juta kebaikan serta memberikan buah sepanjang musim dengan izin Rabbnya,sehingga memungkinkan kita berada dalam keadaan TAQWA sepanjang tahun.

Monday, July 11, 2011

PEMUDA!PEMUDI!AYUH DAFTAR MENGUNDI!

Bismillah,

Tatkala ini pelbagai pihak samada Pemimpin mahupun masyarakat awam sibuk mengatakan bahawa Pemilihan tampuk kepimpinan negara yang akan datang berbeza dengan sebelumnya, ini kerana pilihanraya umum akan datang(PRU13) majoritinya akan ditentukan oleh golongan PEMUDA/PEMUDI.Aura yang dibawa oleh mereka pada masa ini begitu ketara,kita juga dapat merasakan gelombang yang dibawa oleh golongan ini melalui pelbagai sumber,samada melalui laman sosial seperti facebook,twitter mahupun blog atau melalui perhimpunan yang diadakan.Namun begitu,realitinya masih ramai lagi PEMUDA/PEMUDI yang layak untuk memilih tampuk kepimpinan akan datang tidak mendaftar!Dianggarkan lebih 1 juta PEMUDA/PEMUDI masih belum mendaftar.Jadi saya disini terasa terpanggil untuk menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian yang mana belum menunaikan tanggungjawab tersebut untuk cepat-cepat melakukannya.Tidak ada gunanya jika kita bermati-matian bertikam lidah berhujah mengenai perkara ini(politik) tetapi masih gagal menunaikan tanggungjawab untuk menjadi pengundi.xde susah mane pun nak daftar ni haa,teman tolong kabo tempat yang boleh deme daftar:


senarai pusat pendaftaran:

i) Ibu Pejabat SPR Putrajaya.
ii) Pejabat Pilihan Raya Negeri.
iii) Pejabat Pos Berkomputer Terpilih.
iv) Unit Pendaftaran Bergerak Di Tempat-Tempat Umum.
v) Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.
vi ) Penolong Pendaftar Luar Bandar.
vii) Pusat-pusat Membeli Belah atau Pasaraya.


Sebagai mana yang kita(Muslim) sedia maklum bahawa memilih pemimpin itu hukumnya wajib(untuk urusan atau perkara yang dibenarkan oleh syariah),jadi jangan lah tangguh-tangguhkan,takut nanti disoal disana nanti,susah kita.

Dalil:
Jika ada segolongan pihak,melebihi 3 0rang dengan tujuan mahupun urusan yang sama(urusan yang dibenarkan syariah),maka perlu dilantik salah seorang menjadi ketua.

«إِذَا كَانَ ثَلاَثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ»

Jika ada 3 orang bepergian, hendaklah mereka melantik salah seorang diantara mereka menjadi pemimpin(Hadis riwayat Abu Dawud dari Abu Hurairah)

Akhir kata,Ayuh teman-teman sekalian,secara adatnya kita penentu masa depan tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.Jadi perubahan itu harus bermula dari diri kita sebelum merebak ke diri masyarakat lain.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia!PEMUDA/PEMUDI JOM DAFTAR MENGUNDI!

Friday, April 15, 2011

Hukum hakam photografi dalam Islam

Sekarang fenomena fotografi sangat menular di kalangan remaja,jadi saya sebagai aank muda rasa terpanggil untuk share soalan dan jawapan ini.memang saya sendiri ada kesilapan yang saya tak nafikan yang saya sendiri lakukan,semoga sama-sama memperbaiki diri dan mengamalkan nya,InsyaALLAH

soalan:

Soalan dye ginin.

"Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat ( model wanita terutamanya). Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

bukan ape, skung nie banyak kali tengok orang upload strobist nyew hasil...memang strobist nie salah 1 bidang seni photography, tapi banyok nye orang strobe model2 cun yang tidak menutup aurat( model2 melayu islam ).

So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

maaf la.. saye nie cetek ilmu agama.so maybe soalan sebegini rupa x patot ditanye, tapi saye masih musykil. so saye berharap ade yang boleh membantu.

sekian terima kasih.

jawapan:

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat ( model wanita terutamanya).

Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan :

Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

wallahua'lam

Sunday, April 3, 2011

Soalan HOT!

SOALAN:

assalamualaikum..ustaz, saya ade soalan.

1) adakah seorang perempuan boleh meneruskan niat untuk berkahwin walaupun dia belum mendapat pekerjaan tetap? Ibu bapa tidak bersetuju kerana dia belum mempunyai pekerjaan & mengharapkannya untuk menanggung keluarga disebabkan dia sahaja yang berpelajaran tinggi. untuk pengetahuan ustaz, dia an...ak perempuan tunggal dan mempunyai adik beradik lelaki yang lain tetapi ibu bapa tidak kisah kalau adik beradik lelaki tidak bekerja .apa pendapat ustaz?


2) apakah yang di maksudkan dengan sekufu dalam memilih pasangan? adakah dari sudut pelajaran? keturunan? ataupun pengetahuan agama. adakah perempuan yang mempunyai ijazah tidak sekufu dengan lelaki yang hanya mempunyai spm?


JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS:



1. boleh kalau nak kawin sebab kerja lepas kawin pom boleh..kalau kita nak kawin juga, bagi tahu org tua dgn baik..tak ada syarat nak kawin kena kerja dulu..



2.kufu maknanya setaraf dari segi agama, bangsa, pekerjaan dan harta.


Saturday, April 2, 2011

Sejarah April fool!



Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,
Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam
terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang
Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam
bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah
meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada
keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke
pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk
menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal
kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar
telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang
kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam
merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang
lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima
akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau
tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang
bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri
hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi
pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya
kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang
lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang
budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan
halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud,”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang
biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai
Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)”


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim