Wednesday, September 7, 2011

JAMAAH MENYAMPAIKAN.

“Tuan-tuan yang mulia,kami Jamaah dari kampung sekian-sekian,datang untuk belajar menghormati orang disekeliling,datang untuk sama-sama ‘fikir-risau’ mengenai masalah Ummat”,petikan kata dari salah seorang ahli Jamaah juga pemula bicara dalam menyampaikan dakwah.Lembut bicara,aturan kata dan wajah terukir senyuman sentiasa,mercu tanda Jamaah ini.

Rasa tidak adil jika menilai tanpa mengetahui,ibarat berhujah tiada berfakta.Lantaran itu kugagahi diri ini untuk ditempatkan dalam Jamaah ini.Dirai ibarat insan berjasa,tiada istilah baru dan lama,semua sepakat memsang niat,hanya berhajat keredhaan Ilahi.

Niat dihati ingin membukiti amalan, untuk mengejar bonus yang dijanjikan kerajaan Ilahi,lantaran itu kutekadkan hati untuk merasai sesuatu yang baru kutemui.Jarang sekali seusia begini,ku beriktikaf disurau,menikmati tidur yang tiada berbantal yang jelas lebih nikmat ku rasai.Seawal pagi ku dikejutkan,dikejutkan oleh geseran pergerakkan kaki,lantas bangun memandang sekeliling,terkejut melihat kiri kanan hamba soleh menyembah TUhan yang esa.Lantas ku kuatkan diri,meninggalkan kamar mimpi yang biasanya kuhargai,membasahi anggota diri dengan air pagi syarat yang perlu sebelum menyembah Allah azza wa jalla.

Tikar dihambar,talam dibentang,nasi dihidang ditengahan dan lauk menghiasi ibarat hiasan pembuka selera jamuan pagi.Mungkin gerangan berkat bersarapan ini pagi ibarat sentuhan tengahari.

Mulut sentiasa berbicara, IMAN DAN AMAL topik perbualan juga diselangi sama kisah Nabi dan sahabat sebagai panduan dalam mencari Nur ALLAH.Solat senantiasa berjamaah, aku juga turut sama, hanya kerana aku sudah disini,kalau dirumah belum tentu aku seawall ini aku laksanakan!insaflah aku!insaflah diri!mati hanya sejengkal jari!

Cukup indah pengalaman ini, merasai dakwah cara Nabi.Ku tulis sebahagian kecil disini selebihnya kusimpan dalam sanubari.Tidak cukup sekadar mendengar.Harus kau mencuba barulah kau merasai,jangan takut beranikan diri,tepis bisikan penghasut diri.

SEMUA KITA PERLU PENJAGA,

DARI KECIL SAMPAI BALIGH,

KORBAN MASA, KORBAN TENAGA

ITULAH NAMANYA JAMAAH TABLIGH.


HAZWAN SYAFIQ

OGT

7/9/2011

0 comments:

Post a Comment