Tuesday, January 26, 2010

ayuh.sama-sama berjuang!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat!
kalau dulu bersama-sama MPP 08/09 melalui saluran exco akademik MECHAPRO MEMPERJUANGKAN dan MEMPERTAHANKAN latihan industri selama 6 bulan pada semester akhir,dan usaha itu tidak berjaya,latihan industri itu telah ditukar mengikut kehendak board of engineer iaitu pada cuti semester 6 selama 10 minggu,tapi kita telah mencuba sebaik mungkin!dan yang paling penting ialah kita MAHASISWA dan MAHASISWI TELAH MENCUBA!sistem latihan industri yang baru ini mula digunapakai keatas mahasiswa tahun 1 dari fakulti mekanikal,mahasiswa tahun 2 untuk fakulti awam,fakuti elektrik dan mahasiswa tahun 3 dari fakulti kimia..isu itu telah dianggap selesai dan kita dikehendaki untuk patuh pada arahan board of engineers.kita berbalik pada sistem latihan industri yang baru diperkenalkan ini,kalau dulu(sistem li yang lama) yuran latihan industri itu akan dibayar melalui potongan pinjaman biasiswa,tapi untuk sistem latihan industri yang baru ini,yang dijalankan pada cuti,dimana seperti yang kita maklum sebarang pinjaman tidak akan masuk pada cuti semester,jadi rakan-rakan sekalian,ini bermakna,kita terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membayar yuran latihan industri tersebut,bagi golongan yang kaya,dari pandangan saya tiada masalah untuk membayarnya,tapi mengikut kajian mahasiswa ump ini ramai dari golongan yang sederhana,dan sedikit sebanyak akan membebankan mahasiswa,malahan akan membebankan keluarga juga kerana terpaksa membayar yuran dengan menggunakan duit sendiri(maksudnya bukan dari duit pinjaman).atas dasar rasa bertanggungjawab terhadap rakan-rakan MAHASISWA-MAHSISWI sekalian,Kali ini saya cuba untuk jadi penggerak untuk MENGGESA PIHAK UNIVERSITI MENGHAPUSKAN YURAN LATIHAN INDUSTRI(untuk latihan industri selama 3 bulan pada cuti semester 6)!ayuh rakan-rakan,sama-sama kita perjuangkan isu ini!saya yakin dan saya percaya jika kita bersatu,kita pasti mampu melakukan perubahan!HIDUP MAHASISWA!HIDUP MAHASISWA!HIDUP MAHASISWA!

Friday, January 22, 2010

Pentas telah disediakan,kita macamana?sudah bersediakah untuk berubah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.Pentas telah
disediakan!ayuh kita bersatu dan berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama!kita kumpulkan suara MAHASISWA dan MAHASISWI,kita SATUkan suara kita.Kalau
bukan kita yang mulakan,kalau bukan kita yang perjuangkan,siapa lagi wahai sahabat-sahabatku sekalian.AYUH KITA BANGKIT!AYUH KITA MAJU KEHADAPAN!AYUH!KITA MULAKAN
SESUATU YANG BARU,SESUATU YANG MAMPU MERUBAH TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP
MAHASISWA!AYUH KITA SAMA-SAMA MENJADI MAHASISWA YANG CAKNA TENTANG ISU SEMASA!bersatulah kita semua,supaya kita tidak
mudah untuk ditindas dengan sewenang-wenangnya!jadikan isu L.I (latihan industri)
sebagai satu pengajaran buat kita semua,semoga selepas ini tiada lagi kelebihan-
kelebihan yang ada di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ini ditarik dengan mudah oleh pihak tertentu..

Assalamualaikum warahmatullah..

Bismillahirahmanirahim
dengan nama ALLAH yang maha mengetahui segalanya..dengan ini saya mengumumkan
bahawa saya akan bertanding untuk MPP UMP di kerusi umum.AYUH
RAKAN-RAKAN KITA SAMA-SAMA BERGANDING BAHU UNTUK MEMPERTAHANKAN
KEBAJIKAN KITA SEMUA!

Thursday, January 21, 2010

Wahai insan yang bertanggungjawab..

wahai insan yang bertanggungjawab,mengertikah anda masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,pedulikah anda tentang masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,fahamkah anda masalah kami?
kami ini MAHASISWA HARAPAN BANGSA,kami ini PEWARIS kepimpinan negara!
kami ini dikatakan 'YOUNG ENGINEERS' oleh anda yang petah menggunakan kata-kata!
tapi kenapa kami dilayan sebegini rupa?kami bertaruh nyawa menaiki bas yang usang menanti masa untuk roboh!kami berpanasan didalam bas yang kelihatan segak diluaran tapi hancur dalamannya!sampai bila kami harus bersabar wahai INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB??sampai bila?sampai ada kes yang berlaku baru tindakan akan diambil?sampai ada diantara kami terpaksa SYAHID dahulukah?mengertilah dan fahamilah WAHAI INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB..

9 jenis anak syaitan(daripada sahabat UMP)

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Thursday, December 10, 2009

sedikit info tentang telefon bimbit anda (from pemudaepal.blogspot.com)



Telefon bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam keadaan kecemasan dan berada dalam kawasan yang tiada liputan, cuba dail nombor kecemasan 112, ianya boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad locked)

2) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri sebenarnya masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati di saat-saat kecemasan, tentu anda memerlukannya kan untuk menghubungi orang. Oleh yang demikian, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bagaimana mengaktifkannya? Anda perlu menekan kekunci *3370# dan telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon anda akan memberitahu anda tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus dan kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

3) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak aktif dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail kod *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit, catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat yang selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh menghubungi pusat servis telefon bimbit anda dan memberikan mereka kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti berasa hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, telefon bimbit tersebut tetap tidak akan berfungsi. Jadi, walaupun telefon bimbit anda telah di curi, sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tidak boleh menggunakannya ataupun menjualkannya.

4) SEBAGAI SENJATA
Akhir sekali, telefon bimbit anda sangat berguna bila anda berada dalam situasi berhadapan dengan penjahat atau dikejar oleh anjing. Telefon bimbit anda boleh digunakan sebagai senjata. Hanya balingkannya kepada mereka, insyaAllah penjahat akan cedera parah atau mati. Tapi dengan satu syarat, hanya telefon dalam gambar di bawah ini saja yang menepati syarat...


Jeng3x...









Nokia 3310


Sekian, semoga posting ini memberi manfaat pada anda... (kredit to FeRuM atas info).

Sunday, November 29, 2009

Doa majlis perkahwinan jiji@kak ida..

Assalamualaikum warahmatullah sahabat sekalian.Hari ini ari ahad dimana sepupu aku kawin.so ni doa yang dibaca time majlis perkahwinan dia.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda

kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang

diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna

bagi pernikahan ini

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah,

kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat

dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh.Perkukuhkanlah

ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia

dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat

wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi

meraikan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan

perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.


yang benar,

penulis@insan fakir

Friday, November 27, 2009

utusan raya Haji katanye..

assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat..

Pertamanya dan selama-lamanya aku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana limpah kurnianya dapat aku menyambut raya Haji pada tahun ini.Kita antara orang yang bertuah kerana dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk menyambut raya Haji pada tahun ini,jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan kita yang telah kembali ke rahmatullah,tak sempat mereka nak merasa kebesaran ALLAH lagi..oleh itu bersyukurla kita dengan apa yang telah ALLAH kurniakan pada kita yang masih bernyawa ini,jangan sesekali kita salah gunakan peluang yang ALLAH kurniakan pada kita ini,gunakannya dengan sebaik mungkin!

ok,kalau hari raya Aidil Fitri adalah untuk mengucap syukur ke hadrat ALLAH setelah sebulan berpuasa,ataupun bagi yang gagal menempuh ujian puasa dengan baik,itulah waktu untuk dia bertaubat dan menyesal,raya Aidil Fitri dapat duit raya..hik2..Maka Hari Raya Haji pula,adalah untuk umat ISLAM mengingati kisah-kisah pergorbanan yang pernah dilakukan oleh para Nabi terumanya kisah pengorbanan Nabi Ismail oleh bapanya Nabi Ibrahim,kaum keluarga mereka,wali-wali dan orang soleh.Pergorbanan mereka yang begitu tinggi itulah tanda pengabdian mereka kepada ALLAH yang tidak berbelah bahagi.Dan kita patut mencontohi mereka.Kerana itulah,selain berhimpun dan bersembahyang beramai-ramai(lebih afdhal),kita juga disunatkan melakukan korban binatang dan mengagih-agihkan dagingnya kepada orang yang miskin.Itu sebagai latihan kita berkorban untuk saudara sesama ISLAM demi kerana ALLAH S.W.T.Dan untuk pengetahuan binatang korban ini akan menjadikan binatang tunggangan kita di akhirat kelak.Subhanallah!hebatnya!

Hukum sembahyang sunat raya Haji sama juga dengan sembahyang sunat raya Aidil Fitri iaitu sunat muakkad,dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah meninggalkannya.tapi yang berbezanya ialah kalau raya Aidil Fitri disunatkan makan dulu sebelum sembahyang raya,tapi bagi raya Haji tidak disunatkan kita makan dan minum,tetapi terus sahaja melakukan sembahyang.

HMM..YA ALLAH YA TUHANKU semoga raya Haji(sebagai latihan kita berkorban untuk saudara sesama ISLAM) tahun ini akan membuatkan kita semua@umat ISLAM diseluruh dunia akan bangkit untuk menolong saudara mara kita di PALESTIN,IRAQ,AFHGANISTAN,CHEHNYA DAN DIMANA-MANA SAHAJA UMAT ISLAM YANG DITINDAS TANPA BERGANTUNG PADA KAFIR LAKNATULLAH!ALLAHUAKHBAR!SEMOGA ISLAM TERUS MEKAR DIBUMI ALLAH INI!

Tuesday, November 24, 2009

tudung bulat@tudung petak@tudung pelik..



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."


assalamualaikum warahmatullah dan salam 1 Malaysia!
hmm..nak cakap pasal tudung ni..saje nak cari pasal ngan girl ke penulis?eh.x x..hanya sekadar meluahkan rasa hati dan nak menyampaikan pesan kepada seluruh muslimat yang tercinta.nanti kita hentam lelaki yang pakai seluar pendek plak ye..kat atas tu adalah tafsiran dari Surah Al-Ahzab ayat 59,ok pertama sekali kita tengok dulu kenapa ISLAM MEWAJIBKANmuslimat memakai tudung,WAJIB K!bukan sunat bukan harus!tudung fungsi yang utama selain dari menutup aurat ialah menutup fitnah!Walhal sepatutnya tudung bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.menutup fitnah ini sangat luas untuk diperkatakan,kerana fitnah ini bermacam-macam perkara boleh berlaku.kerana fitnah ini bisa membinasakan,bisa meruntuhkan,bisa merobohkan dan bisa merosakkan,oleh sebab yang demikian ISLAM mengenakan hukuman yang berat keatas orang yang memfitnah dan pembawa fitnah.ok,jika kita tengok tudung-tudung wanita sekarang bermacam-macam fesyen ada.yang bujurnye,yang petaknye,yang kene letak songkok dulu la.ahh macam-macamla.Adakah tudung-tudung seperti ini masih lagi berpegang pada tujuan asalnye iaitu untuk menutup fitnah??SUDAH SEKALI TIDAK!!kerana bila antum memakai tudung yang pelik2(tudung yang bujur,yang petak tu la)lagila orang pandang!lagilah orang lelaki tengok kamu wahai muslimat!sekaligus orang bercerita@mengumpat@memfitnah kepada anda!jadi dipendekkan cerita tudung yang pelik2 tu hanyalah mendatangkan fitnah kepada anda yang memakainya yang boleh dinamakan si pembawa fitnah!yela pakai tudung pelik2 tu nak suruh orang komen la tu kan!komen ni bahasa baik,bahase jahat dia fitnahla.Dan tujuan orang yang pakai tudung yang pelik2 tu x lain x bukan adalah untuk menunjuk2 kt orang lain.kan??kat sini boleh membawa kepada unsur riak..bukankah wanita hanya boleh menunjuk2 kecantikkannya pada suaminya dan muhrimnye sahaja??oleh itu pesan aku yang da pakai tu,berhenti la pakai.sebelum pakai tu fikir dulu baik buruk dia..sebab memakai tudung ini juga dianggap sebagai dakwah!kita berdakwah kepada masyarakat dunia dengan menunjukkan kecantikan ISLAM melalui fungsi tudung itu sendiri.Da kalau kita pakai tudung yang mengarut,yang pelik2 bermakna kita juga tidak menyampaikan dakwah dengan sebetulnya!sedangkan dakwah juga dianggp jihah fisabilillah!fikir balik ye!kl rase betul pakai,kl rase salah komen.kita bincang.salam.