Thursday, March 24, 2011
Jurnal UMP-STAR’11 bahagian 1
Vice Director UMP STAR'11
UMP/FKM/BMM/3YEAR.
2 march 2011(Rabu)
22:54 Bertolak dari UMP menuju ke KLIA.Kami bertolak mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bertolak sebelum pukul 11 malam.
3 march 2011(Khamis)
04:09 Kami sampai ke KLIA.Penerbangan kami pada pukul 9 pagi.
14:44 kami sampai di Pudong Shanghai International Airport.Airport ini kurang sibuk pada masa ini,tidak ramai orang di dalam airport tersebut.Namun dari segi binaan bangunan airport ini agak besar berbanding airport yang pernah saya lawati sebelum ini, dari sudut kejuruteraan awam bangunan yang terdapat di Airport Pudong ini memiliki teras yang kukuh bagi menahan kadar getaran yang tinggi(gempa bumi).Kami menaiki Maglev dan kereta api untuk sampai ke Hotel kami(Captain Hostel)
Pengalaman menaiki Maglev
MAGLEV singkatan nama bagi (magnetically Levitated),saya pernah didedahkan mengenai kecanggihan kejuruteraan yang terdapat dalam sistem maglev ini dalam satu ceramah yang diadakan di UMP,agak teruja apabila mendengar hal berkaitan Maglev ini,kerana system kejuruteraan yang digunakan adalah teknologi yang baru dan tidak terdapat di Malaysia.Tiket Maglev berharga 40 yuan(harga potongan jika ada tiket penerbangan) dan hanya mengambil masa selama 7minit untuk perjalanan 30 km.Apa yang sangat mengagumkan saya ialah system kejuruteraan bunyi yang terdapat pada maglev tersebut.walaupun menghampiri kelajuan jet namun bunyi yang dihasilkan sangat perlahan.hebat!
19:30 Keluar untuk makan,terpaksa keluar awal kerana ingin mencari kedai makan halal. Cuaca agak sejuk iaitu 2 celcius.Teruja dan sayu bila mana jumpa kedai halal dan disapa oleh pelayan kedai dengan hanya menyebut “muslim”,”muslim”,ingin memberitahu pada kami bahawa kedai mereka halal sebenarnya.Kedai makan ini menyediakan makanan ala negeri Islam di China iaitu negeri zinjang,makanan utama ialah ramen(mee yang diperbuat daripada tepung).
4 march 2011(Jumaat)
Tujuan utama pagi ini ialah mencari Masjid untuk menunai solat fardhu Jumaat.Pada hari ini salah faham antara kumpulan mula timbul, kami tersilap jalan dan banyak kali naik bas.Pengiring@Penasihat Encik Syukur menjadi orang penting dalam menyelesaikan masalah tersebut.Kami sampai di Masjid tersebut dalam pukul 12.30 pm.Keadaan agak unik disini jika dibandingkan dengan Malaysia.Di Malaysia sudah pasti baju melayu menjadikan kemestian untuk solat jumaat,namun di Shanghai mereka menggunakan kot berwarna hitam,Mungkin mengikut musim disana,kami pergi semasa musim sejuk,mungkin kerana sejuk,mereka memakai kot. Saya agak keliru pada mulanya,Imam membaca khutbah secara duduk,ingatkan mazhab lain!rupa rupanya belum masuk khutbah.itu hanyalah sesi mengajar agama.Khutbah dijalankan secara ringkas,sekadar melakukan yang fardhu sahaja. Diluar Masjid,disepanjang jalan berhampiran masjid terdapat gerai-gerai yang menjual makanan halal,disini juga mereka yang beragama Islam mendapat stok daging halal,mereka gelarkan gerai disepanjang jalan tersebut sebagai “Muslim Streets”.
5 march 2011(sabtu)
08:30 Masih diCaptain hotel.Berkumpul untuk ke Fudan Universiti.Bersembang dengan Pensyarah yang berasal dari German di lobi hotel,beliau mengajar bahasa German di Shanghai dan sudah mengajar selama 3 tahun.Ain(salah seorang peserta UMP STAR 11) menyapa beliau menggunakan bahasa German,Pensyarah tersebut agak teruja apabila mendengar Ain menggunakan bahasa German dan merasa terharu kerana UMP menawarkan subjek bahasa German sebagai subjek bahasa asing.
08:55 kami berada di Nanjing east road train station.Menaiki kereta api untuk pergi ke Fudan Universiti.Keadaan sistem kereta api di Shanghai agak berlainan dengan Negara kita,kerana di Shanghai mereka hanya menggunakan satu trek iaitu dari station 1 sampai station 10.Dan dari segi tiket pula,kami hanya perlu membayar 3 yuan dan boleh pergi kemana laluan.
10:00 Sampai di Universiti Fudan.Diiringi oleh seorang pelajar tahun 2 universiti tersebut dan soh yan xin sebagai pengalih bahasa(mandarin-english).Sebuah universiti lama namun dipenuhi dengan ciri-ciri moden.Diasaskan pada tahun 1905,Universiti ini merupakan universiti swasta yang dibiayai penuh oleh masyarakat yang prihatin tentang kepentingan ilmu.Menduduki ranking pertama dalam bidang seni.Universiti ini juga memiliki bangunan universiti ke-3 tertinggi di dunia,dan di bangunan tersebut itu menempatkan fakulti dan dewan kuliah.Universiti ini memiliki keluasan yang luas dan masih menyimpan bahan-bahan sejarah dari awal pentadbiran universiti tersebut.Sangat berbeza dengan kita diMalaysia,apabila ciri kemodenan datang,kita akan merobohkan yang lama,dengan alas an untuk membina sesuatu yang lebih baik.
12:00 Mengusulkan kepada Pengarah supaya mengadakan post mortem apabila selesai aktiviti(malam) dan dipersetujui oleh pengarah dan penasihat program.Post mortem diadakan pada pukul 10 malam di lobi hotel.
Isu yang dibangkitkan pada post mortem yang pertama
1.)Pergerakan tidak beratur dan berterabur
2.)Mengenai ketetapan masa
3.)Keselamatan diri dari segi individu dan barangan.
Penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan
1.) Melantik person in charge(P.I.C) bagi Setiap akitiviti yang dijalankan.
2.) Pergerakan akan dilakukan secara berkumpulan,bagi mengatasi masalah keselamatan .
Isu-isu lain
1.)Membincangkan mengenai tentatif untuk aktiviti esok dan lusa.
2.)Melantik P.I.C untuk program yang bakal dijalankan
3.)P.I.C membentangkan mengenai laluan untuk aktiviti esok
Pros mortem ditangguhkan pada pukul 12 malam dan akan disambung pada malam esok.
6 march 2011(Ahad)
Aktiviti pada hari ini ialah ke taman yuyuan dan ke old town streets.Aktiviti hari ini lebih kepada santai kerana hujung minggu.
10:00 ke Taman yuyuan.Hanya berjalan kaki kerana tidak jauh daripada hotel kami.Taman yuyuan ini sudah berusia 400 tahun dan terletak berhampiran old town streets.Harga tiket ialah 30 yuan.Suka untuk saya bercakap mengenai struktur bangunan yang terdapat dalam taman yuyuan ini.Walaupun bangunan tersebut sudah berusia lebih daripada 400 tahun(semasa era dinasti ming),namun bangunan yang terdapat dalam taman yuyuan tersebut masih kukuh dan seni ukir yang terdapat pada bangunan tersebut amat sukar untuk dibuat walaupun menggunakan teknologi canggih yang ada pada zaman ini.Taman yuyuan membuktikan kepada kita bahawa sistem kejuruteraan telah wujud sekian lama dan aplikasi sains telah lama diamalkan walaupun tanpa alatan canggih!
12:00 Tamat aktiviti di Taman yuyuan dan ke Old Town Streets.Old Town Streets ini jika di Malaysia seolah-olah Petaling streets Cuma barangannya lagi murah.Terdapat pelbagai barangan yang dijual disini.Sempat membeli t-shirt untuk keluarga.Berjumpa dengan peniaga yang menarik perhatian kami,dia menjerit kearah kami,”murah”,”murah”,ingatkan peniaga dari Malaysia rupanya orang Indonesia.
17:00 bertolak pulang ke hotel kami.
22:00 Post mortem kedua
1).Membincangkan isu yang sangat penting iaitu berkaitan pencapaian objektif program UMP STARS 11.Hasil daripada perbincangan kami sepakat untuk merubah beberapa tentatif dan digantikan dengan tentatif yang lebih sesuai dengan matlamat kami ke Shanghai.
23:25 Bersembang dengan seorang perempuan yang berasal dari Kuantan dan datang melancong ke Shanghai.Dia berkata beruntung jadi Mahasiswa zaman sekarang ,kerana banyak kemudahan yang universiti dan kerajaan sediakan.Dia lagi terkejut apabila kami memberitahu yang kami datang dengan menaiki pesawat MAS,katanya sangat beruntung jadi Mahasiswa.
Saturday, February 26, 2011
Apa bagusnya system pengajian Pondok
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang diizinkan oleh ALLAH S.W.T untuk menumpang di Pondok Pinang Merah,Paka,Dungun Terengganu. Walaupun sekejap namun pengalaman yang ditimba sangatlah berguna pada diri yang hina ini. Semoga artikel yang dicoret ini dapat sedikit sebanyak merubah tanggapan masyarakat terhadap system pengajian pondok yang selama ini dianggap ketinggalan zaman dan kolot. Mungkin ramai diantara kita lupa bahawa sistem pondoklah yang menjadi benteng penting kepada masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu apabila penjajah datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan dakyah-dakyah agama mereka dan memurtadkan masyarakat Melayu pada masa itu. Dan tugas untuk melawan dakyah-dakyah penjajah itu dipikul oleh Ulamak-ulamak,Tuan Guru,Ustaz,dan Pelajar-Pelajar Pondok dengan menjadikan Pondok sebagai benteng dalam memastikan akidah masyarakat Melayu pada masa terselamat dari dimurtadkan.Sungguh besar jasa akan Pondok ini dapat dinilai dengan ungkapan seorang Ulamak terkenal tanah air kita ini,”jika tiada system Pondok pada masa itu,pasti tidak ada yang beragama ISLAM di Malaysia pada hari ini”.
Apa bagusnya system pengajian Pondok? Suka untuk saya membahagikan ia kepada tiga point yang utama iaitu:
1.) Dipermudahkan ke Syurga oleh ALLAH S.W.T
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,”Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya ke jalan menuju Syurga”.
Bagi orang awam,rata-rata beribadat kepada ALLAH S.W.T kerana inginkan balasan yang baik iaitu Syurga, Dan seperti yang dinyatakan dalam hadis diatas cara mudah untuk ke Syurga ialah dengan menuntut ilmu!dan Pondok merupakan salah satu gedung ilmu yang dimaksudkan.Mungkin ada yang bertanya kenapa Pondok?kenapa tidak sekolah agama biasa?jawapannya ialah cara pergaulan,Jika di Pondok pergaulan antara Lelaki dan perempuan amat-amat dijaga,dan tempat belajar mereka juga diasingkan.
2.) Tanda pengingatan sentiasa ada
Kebanyakkan hari –hari dipondok tidak lekang dengan kehadiran orang-orang yang sebelum ini tidak pernah sesekali meringankan diri ke Pondok.Jadi apa tujuan mereka datang?mereka datang untuk mengambil pelajar-pelajar Pondok ke rumah mereka untuk menunaikan perkara yang menjadi fardhu kifayah kepada kita semua iaitu solat jenazah.Boleh dikatakan setiap hari pasti ada saja yang meninggal dunia di kawasan Pondok Pinang merah ini,penulis pada awalnya agak gementar dengan suasana ini,mana tidak nya hampir setiap hari penulis melihat jenazah yang dikafankan terbujur kaku di tempat pembaringan!terdetik juga dihati rasa takut akan mati!mulalah diri menghitung dosa-dosa lama!Pengingatan tertandang lagi.
3.) Rezeki tidak putus
Tinggal diPondok tidak memerlukan kita untuk runsing mengenai rezeki,jika diluar kita biasanya bersusah payah untuk mencari rezeki,namun diPondok keadaan sebaliknya berlaku,rezeki datang mencari kita diPondok(istilah saya).Point yang akan saya katakan sebentar nanti bukanlah untuk menyatakan mengenai keuntungan tapi sekadar untuk menunjukkan yang ALLAH memurahkan rezeki kepada pelajar Pondok,harap tidak disalah ertikan.Kebiasaannya di Terengganu ini, apabila sudah selesai menunaikan solat jenazah waris akan mengedarkan sampul duit yang kebiasaannya berisi RM10.Duit ini bukanlah dianggap sebagai bayaran tapi hanya untuk bersedekah,mudah-mudahan pahala sedekah itu sampai kepada si jenazah.Jika ada jemputan-jemputan program seperti program cukur kepala dan sebagainya pasti ada rezeki untuk pelajar-pelajar pondok,tidak kiralah samada makanan mahupun duit.Ramai masyarakat yang prihatin tentang pelajar di Pondok menghantar makanan di Pondok sampaikan tak mampu nak dihabiskan kerana terlalu banyak.Dan ada juga sesetengah pihak yang salah taksir akan maksud MEMBAZIR menghantar makanan lebihan program siang hari mereka ke Pondok,dan kebanyakkan makanan yang dihantar telah basi!Pelajar pondok jugak yang jadi mangsa..kesian kami!
Pelajar Pondok juga termasuk dalam golongan fisabilillah!jadi ringankan tangan untuk membantu mereka!anda tidak akan rugi,kerana share yang anda berikan kepada mereka pasti akan berkekalan walaupun anda sudah tidak bernyawa!wallahua’lam!
Ditulis oleh:
Saudara Mohd Hazwan Syafiq Bin Harun
Thursday, April 8, 2010
Cabaran bergelar anak kampus(cerita semester ini)
Sejak akhir-akhir ini pelbagai dugaan dan karenah "dijamukan" pada mahasiswa.Pelbagai aneka isu yang disajikan,daripada juadah isu yang sekecik karipap sehinggalah sebesar kerbau panggang!kalaulah isu@masalah sesedap kerbau,sudah pasti ramai mahasiswa yang sukakan pada isu@masalah!mungkin akan "mewujudkan" sendiri isu@masalah untuk dihidangkan pada JHEPA!itu pun kalau isu@masalah seenak kerbau panggang la!tapi hakikatnya,isu@masalah merupakan sesuatu yang memeritkan bagi mahasiswa.Tapi hairan lagi ajaib!walaupun isu@masalah itu memeritkan ada je mahasiswa yang suka "mempergunakan" isu untuk kepentingan sendiri!Menjadikan isu untuk mempopularkan diri sendiri!apa punya mahasiswa daa.pening-pening!
Sebelum bergerak lebih laju,mari "recall" dulu apa itu mahasiswa.Mahasiswa dikatakan merupakan golongan terpenting dalam strata masyarakat yang mana merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan.dibahu mereka digalas harapan masyarakat untuk melihat bumi ini dilimpahi berkah.wah!cukup hebat definisi mahasiswa,tapi nak tergelak bila tengok realiti mahasiswa sekarang!langsung tidak layak untuk didefinisikan sebegitu hebat!sang penulis pun sama je!haha.
Mengikut definisi mahasiswa yang telah dihuraikan,yang mana cukup gah itu!menunjukkan bahawa mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai!datanglah beribu isu@masalah sekalipun pasti mahasiswa akan berdepan isu@masalah itu dengan bijaksana!akan menyelesaikan@membedah isu@masalah dengan sebaiknya!Ulang balik,mahasiswa ialah golongan yang akan berdepan dengan isu@masalah dengan sebaiknya dan akan mengambil jalan dan cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu isu atau sesuatu masalah!
Terdengar juga rakan-rakan bersembang mengenai isu demostrasi secara aman,wah!demostrasi tuh!bersemangat jugak nak join!!yelaa,tak pernah lagi join demostrasi nih!kena tuduh join demostrasi I.S.A adalah,tapi kena tuduh jela!haha.Kaji punya kaji pasal demostrasi tuh rupa-rupanya "teriakan-teriakan" yang nak adakan demostrasi tuh bergema di blog!yang mana pencadang demostasi tuh guna "anonymous"!lam hati penulis menjerit hampeh!hampeh!hampeh!!ingat berani sangat nak jadi kepala ketuai demostrasi tuh!tapi PENAKUT jugak!
Duduk bersembang dengan tokoh mahasiswa terdahulu(sekarang ahli parlimen) dengan berbual topik demostrasi nih,hasilnya kurang menggalakkan!beliau berkata zaman dulu boleh berdemo,sekarang tak berapa sesuai!zame loni kito maju doh!ado banyok caro lagi!berdiskusi ko!berseloroh dengan bahasa kelantan beliau.Hmm termenung seketika fikirkan kata-kata beliau.Pendapat penulis,lupakan "teriakan-teriakan" kecil yang konon-kononnya kuat brgema tuh!kuat bergeam lam blog buat apa!bagi penulis cara yang terbaik ialah kita ramai-ramai duduk berbincang semeja dengan pihak berwajib,PERAHkan semua idea,KUMPULKAN!PACKING cantik-cantik dan laksanakan!at least ada jugak hasil yang terbentuk!hasilnya ialah "cadangan"!dari buat demostrasi tu apa kita dapat??nothing!masalah bukan boleh selesai pun,tapi tambah masalah adalah!Ada kala penulis bersetuju dengan demostrasi ni,macam demostrasi membantah serangan isreal terhadap Palestin yng kita cintai!tapi tidak pada demostrasi mengenai isu penempatan kolej kediaman 5!kalau kita berdemo 4 jam pun!bukan boleh siap pun kolej tuh!baik duduk berbincang kumpulkan idea!idea tuk ugut kontaktor tu ke pe ke!at least ada hasil!
Gunakan kematangan kita,gunakan kecerdikkan kita selaku mahasiswa untuk "solve masalah ini!JANGAN BIKIN MALU MAHASISWA MAA!Apa pun jom boikot konsert yang diadakan lam kampus!yeah!
Wednesday, March 24, 2010
Wahai Insan yang bertanggungjawab

wahai insan yang bertanggungjawab,mengertikah anda masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,pedulikah anda tentang masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,fahamkah anda masalah kami?
kami ini MAHASISWA HARAPAN BANGSA,kami ini PEWARIS kepimpinan negara!
kami ini dikatakan 'YOUNG ENGINEERS' oleh anda yang petah menggunakan kata-kata!
tapi kenapa kami dilayan sebegini rupa?kami bertaruh nyawa menaiki bas yang usang
menanti masa untuk roboh!kami berpanasan didalam bas yang kelihatan segak diluaran
tapi hancur dalamannya!sampai bila kami harus bersabar wahai INSAN YANG
BERTANGGUNGJAWAB??sampai bila?sampai ada kes yang berlaku baru tindakan akan
diambil?sampai ada diantara kami terpaksa SYAHID dahulukah?mengertilah dan fahamilah
WAHAI INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB..
Friday, March 19, 2010
Gerakan Mahasiswa lesu
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Terpanggil untuk menulis pada masa ini.Agak lama tidak berkata-kata,tetapi tidak bermakna bersembunyi,masih ada di celahan kesibukan mahasiswa.Hampir sebulan majlis perwakilan pelajar sesi 2009/2010 dan persatuan-persatuan mahasiswa di seluruh universiti menaiki takta,masih sempat rasanya mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa yang baru.semoga memikul amanah yang diberi dengan sebaiknya.Berat untuk saya katakan bahawa gerakan mahasiswa pada kali ini agak lesu,tetapi itu adalah realiti yang berlaku.antara faktor-faktor yang menyebabkan gerakan mahasiswa pada kali ini agak lesu:
1.Pilihan raya kampus(PRK) diadakan lambat.kelab-kelab dan persatuan mahasiswa yang bernaung di bawah JHEPA akan menukar tampuk kepimpinan yang baharu apabila pemilihan mpp yang baharu selesai,mengikut sistem sedia ada mpp merupakan badan paling atas.merujuk kepada PRK yang lambat dijalankan pada kali ini,yang paling teruk menerima kesan daripada masalah ini ialah kelab-kelab persatuan.Aktiviti yang dirancang pada awalnya terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.Bagi persatuan fakulti saya ambil contoh MECHAPRO,bagi organisasi MECHAPRO yang baru menaiki takhta pada kali ini mereka naik diwaktu klimaks dimana waktu mahasiswa memerlukan mereka,memerlukan mereka untuk membeli buku,membeli jaket,safetyboot dan sebagainya,sedangkan organisasi mechapro yang baru naik tersebut memerlukan sedikit masa untuk memahami skop kerja yang mereka perlu lakukan,jadi disitu akan menimbulkan sedikit kekacauan dari pihak mahasiswa FKM dan organisasi MECHAPRO yang baru,kesan daripada itu nama MECHAPRO akan tercemar.
2.Mahasiswa tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti.semester kali ini yang agak pendek dan jadual yang agak padat menuntut mahasiswa untuk fokus kepada pembelajaran semata-mata.Jika kita lihat di Universiti Malaysia Pahang(UMP) sendiri tidak banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab-kelab persatuan,yang ada hanyalah anual grand meeting(AGM).Sedar tak sedar semester ini hanya tinggal lagi 3 minggu,jadi tidak banyak aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini.Semoga perubahan akan berlaku pada semester hadapan.InsyaALLAH.
Semoga perubahan akan berlaku pada semester hadapan.Gerakan Mahasiswa harus aktif pada setiap masa,kalau gerakan Mahasiswa tidak aktif,pasti persatuan staf akan merebut peluang ini dan mengambil kelebihan yang pada asalnya disediakan untuk kita yangb bergelar MAHASISWA..
Saturday, March 6, 2010
Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburan parlimen
sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi
sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan
raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah sebelum lidahmu jadi bisu
Usman Awang
1967
Friday, January 22, 2010
Pentas telah disediakan,kita macamana?sudah bersediakah untuk berubah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.Pentas telah
disediakan!ayuh kita bersatu dan berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama!kita kumpulkan suara MAHASISWA dan MAHASISWI,kita SATUkan suara kita.Kalau
bukan kita yang mulakan,kalau bukan kita yang perjuangkan,siapa lagi wahai sahabat-sahabatku sekalian.AYUH KITA BANGKIT!AYUH KITA MAJU KEHADAPAN!AYUH!KITA MULAKAN
SESUATU YANG BARU,SESUATU YANG MAMPU MERUBAH TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP
MAHASISWA!AYUH KITA SAMA-SAMA MENJADI MAHASISWA YANG CAKNA TENTANG ISU SEMASA!bersatulah kita semua,supaya kita tidak
mudah untuk ditindas dengan sewenang-wenangnya!jadikan isu L.I (latihan industri)
sebagai satu pengajaran buat kita semua,semoga selepas ini tiada lagi kelebihan-
kelebihan yang ada di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ini ditarik dengan mudah oleh pihak tertentu..
Thursday, January 21, 2010
Wahai insan yang bertanggungjawab..
wahai insan yang bertanggungjawab,pedulikah anda tentang masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,fahamkah anda masalah kami?
kami ini MAHASISWA HARAPAN BANGSA,kami ini PEWARIS kepimpinan negara!
kami ini dikatakan 'YOUNG ENGINEERS' oleh anda yang petah menggunakan kata-kata!
tapi kenapa kami dilayan sebegini rupa?kami bertaruh nyawa menaiki bas yang usang menanti masa untuk roboh!kami berpanasan didalam bas yang kelihatan segak diluaran tapi hancur dalamannya!sampai bila kami harus bersabar wahai INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB??sampai bila?sampai ada kes yang berlaku baru tindakan akan diambil?sampai ada diantara kami terpaksa SYAHID dahulukah?mengertilah dan fahamilah WAHAI INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB..
Sunday, November 29, 2009
Doa majlis perkahwinan jiji@kak ida..
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang
diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna
bagi pernikahan ini
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah,
kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat
dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh.Perkukuhkanlah
ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia
dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat
wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi
meraikan majlis yang diberkati ini.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Thursday, November 12, 2009
kata-kata dari sahabat aku untuk aku dan aku sampaikan pada semua (versi 4)

assalamualaikum warahmatullah!
ni lagi 1 artikel yg dihantar kepada penulis..
kalau ada percanggahan atau sebarang kemusykilan btau k.jgn diam je!
ingat!ijtihad yang betul dan tepat akan dapat dua pahala manakala ijtihad yang salah akan dapat 1 pahala.yang penting ada usaha untuk menunaikan KEWAJIPAN BERDAKWAH.
Peringatan:
LUASNYA NERAKA !!!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbkt.!!! Sahabat semua...bacalah. ...
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api neraka Mu…YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.. ...
Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua 'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUKdan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YG ANDA KASIHI KERANA ALLAH SWT .....DEMI MENDAPATKAN KEREDHAANNYA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH ….WASSALAM!!!
Friday, November 6, 2009
kata-kata dari sahabat aku untuk aku dan aku sampaikan pada semua (versi 2)
kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.
.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama
Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..
Hazwan Syafiq: (6:59 PM)
ini lah realiti umat ISLAM sekarang..diibaratkan bak buih yang memutih di lautan yang luas terbentang..
Hazwan Syafiq: (7:26 PM)
salam..ayat atas tu cam kasar je..
kalau sibuta cam baca camner?x ISLAM LA EK?akai ada ka.
Thursday, November 5, 2009
semalam aku overnight!usha2 bangsaku MELAYU versi 2(sambungan)
Aku da penat study..aku layan blog plak.k sambungan dari cerita aritu,pas g nyanyi2 tu aku ikut plak member2 aku ni pergi teluk chempedak plak(T.C),lam ati aku kata,T.C pulak!sudah!jam da pukul 1.30 pagi,mata da layu seribu kayu da.sampai T.C aku tengok ramai lagi orang kat sana even da pukul 1.30 pagi,paling ramai pasangan kapel la,normal la kan,memang ANAK-ANAK MUDA NEGARA ISLAM KENE KAPEL KALAU X,X JADI NEGARA ISLAM LA(ikut sunnah labi!bukan sunnah NABI),macam-macam ragam ade pasangan kapel ni,i cuit u,u cuit i,i pegang u,u pegang i,i masuk neraka u pun follow.Pasangan bahagia kan,kemana kau pergi pasti akan ku ikutmu,even ke neraka sekalipun.Sambil jalan-jalan kat T.C tu aku nampak de orang berniaga.Sayu skit ati aku,teringat mama aboh aku kat umah.yela yang berniaga tu da tua2.taraf mak bapak aku la kan.dorang sanggup tahan nafsu tidor kerana nak cari rezeki,kalau ikutkan malam tu da waktu rehat tuk golongan cam dorang,tapi nak wat camner kan da takdir ILAHI.Cari rezeki tak lain x bukan selain dari nak bagi anak kat umah makan.hmm,mak ayah bersusah payah cari rezeki untuk kita sampai ada mak bapak yang berniaga kat T.C sampai pukul 2 3 pagi.Hebat mak ayah cam ni.Kasih parents kat anak-anak tak terkira dengan wang ringgit.mak bapak bersusah payah nak cari duit untuk membesarkan anak-anak tapi anak sikit pun tak respect mak ayah,ini yang berlaku sekarang!mak ayah bersusah payah nak membesarkan kita tapi kita bila da besar sikit,da boleh berjalan sikit terus menerus lawan dorang.Tengok la dalam papers sekarang,anak bunuh ayah,anak rogol mak,anak jadikan mak kuli!macam-macam sekarang.kita da jadi lebih teruk dari zaman jahilliah!orang jahilliah pun sayang mak bapak dorang.tapi kita??tanda nak kiamat la ni!!ALLAHU RABBI!BERDOSA BESAR LAWAN MAK BAPAK NI!.tak berbaloi langsung mak ayah jaga kita dari kecik,bersusah payah jaga kita,alih2 da besar kita susahkan diaorang lgi,kalau tahu camni elok mase kecik tu bunuh je!abis cerita!bertaubatla kita semua selagi kita ade masa,INGAT KITA BUKAN TUHAN,YANG TAHU BILA MAK AYAH KITA AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA.MINTAK AMPUNLA SELAGI SEMPAT!KEPADA YANG DA TAK SEMPAT TUE DOAKANLA KESEJAHTERAAN MEREKA DISANA.sambung cerita pasal T.C tadi,kawan2 aku jalan masuk hutan mana tah kat T.C tu,alih-alih sampai kat pantai!kat pantai tu terjadilah mende yang mengarut,sangat mengarut!diaorang berpakat nak mandi kat pantai tu,SUBHANALLAH!runsing fikiran aku!nak mandi pantai tu x salah,yang jadi masalahnya dorang nak mandi pantai pukul 2 pagi!puas aku pujuk jangan mandi!jangan mandi!tapi da dasar manusia kan..mandi jugak!tepuk dahi aku,penat larang.Seperti mane yang aku belajar lepas mahgrib dan keatas ni biasanye tempat bertakung cam tasik,pantai,sungai akan jadi tempat jin lepak!lagipun memang ade jin yang tinggal di laut,selain dari gunung,tempat-tempat tinggi dan hutan.Masa diorang tengah mandi tu aku berpuluh2 kali berdoa mintak selamatkan member2 aku ni,bimbang jadi pape,AYAT KURSI aku baca berapa banyak kali pun aku tak tahu!diorang mandi sambil gelak-gelak,aku yang x mandi ni plak yang lebih2,risau takut jadi pape.Serius aku memang da standby malam tu takut-takut jadi pape,tapi alhamdullilah tak jadi pape.syukur kepada ALLAH S.W.T.Before balik tu kitaorang singgah kat kedai makan,nak gheteh kata orang Jawa.Kat kedai tu aku jumpe la student UMP jugak..3 lelaki 3 perempuan,berpasangan!masing2 de pasangan.Seingat aku masa tu da pukul 2.34 pagi camtu la.Aku rase dorang fikir x berdosa la kot keluar b'6 tue.Yela bukan berduakan.KEPALA HOTAK DIORANG!berdose!sama je!da memang la keluar b'6 tapi nanti da sampai tempat tujuan masing-masing ikut haluan masing2!aku ngan makwe aku,ko ngan makwe ko!kan da jadi berdua-duan jugak tu!HARAM!kalau dia jalan ber'6 pun tapi kalau si A Xkisah si B pegang awek si B and si B plak x kisah si c cium awek si C,hukum dia jadi haram jugak.kita duk fikir keluar berdua je haram,kedua ber'4 xpe(2 pasangan kapel)x berdose!berdose jugak kawan.Cam NABI kata haram wanita keluar dengan lelaki kecuali ade mahram.apa fungsi mahram tue?tuk tengok wanita and lelaki tu bercium??or tuk jadi saksi cinta??bukan!!!untuk mengelakkan fitnah!mengelak fitnah ni maknanyer tuk jadi penghalang dari buat perkara haram!x buat maksiat!x raba sana,raba sini!x berzina!tu function mahram!orang zaman sekarang teruk!aku bagi contoh,kakak bawak adik pergi jumpe pakwe kat pantai,pastu bercium!beromen semua!adik nak larang x boleh!nanti x dapat mainan plak!kan?pastu pencegah maksiat datang tangkap!eh kitaorang x berdua!saya bawak mahram!kata si kakak.Hinanya orang zaman sekarang!hingga sanggup mempermainkan hukum ALLAH!kafirla golongan camni!kl anak tok imam yang buat,jadilah anak tok imam kafir!paham???sakit ati ble bercakap tentang hal orang sekarang!pas abis minum kitaorang bertolak balik..sampai kt umah kol 4 pagi..hmm..assalamualaikum warahmatullah
Wednesday, November 4, 2009
TAHUN 2 mekanikal UMP!!KITA SELAMAT..
YEAH!!kita selamat!akhirnya LATIHAN INDUSTRI KITA macam biasa!iaitu akhir semester(semester 8)..Alhamdulilah ya ALLAH!kami bersyukur kehadratMU ya ALLAH. Tahun 2!dengar pesanan aku,tolong alert pasal isu semasa yang berkaitan dengan kita..supaya kita tak senang nak dipergunakan dan dipermainkan!SUARA MAHASISWA KERAMAT! MAHASISWA UMP ADALAH MAHASISWA YANG PEDULI TENTANG ISU SEMASA!dan kat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada tahun 2 yang hadir pada perjumpaan kita di DKU 2 hari isnin yang lepas,even separuh je yang hadir tapi alhamdullilah dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh rakan2 semua kita mampu..kita mampu untuk mengoncang dunia.TAHNIAH PELAJAR TAHUN 2 MEKANIKAL U.M.P!
Kepada pelajar tahun 1 anda akan menjalani latihan industri pada cuti semester 6 selama tiga bulan.Jadi jika anda ingin mengubahnya,cadangan saya mulakanlah dari sekarang!jangan tunggu semester depan!ingat apabila pihak yang terbabit sudah bergerak jauh dihadapan sukar untuk anda mengundurkan mereka.HARAP ANDA FAHAM..
MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN
EXCO AKADEMIK MECHAPRO 08/09
Tuesday, November 3, 2009
kata-kata dari sahabat aku untuk aku dan aku sampaikan pada semua!
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujung nya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggal
kan larangan NYA..
Hazwan Syafiq: (11:51 PM)
tq..
Hazwan Syafiq: (11:51 PM)
ko pun kecewa kerana cinta ek?
yana: (11:51 PM)
wc..
Hazwan Syafiq: (11:52 PM)
cinta kepada ALLAH S.W.T..
yana: (11:52 PM)
erm..ak x dpt pon lg org tu..so kcewe len
yana: (11:52 PM)
tp da mls nk pikir
yana: (11:52 PM)
ok..
Hazwan Syafiq: (11:54 PM)
cintakan manusia kerana Cintakan ALLAH S.W.T
yana: (11:54 PM)
ye..
Hazwan Syafiq: (11:56 PM)
orait.semoga berjaya dunia akhirat.SAHABAT
yana: (11:56 PM)
ok..tq
yana: (11:56 PM)
ko juge
Monday, November 2, 2009
semalam aku overnight!usha2 bangsaku MELAYU.
semalam aku ikut budak2 rumah aku keluar,lam kul 8 malam kitaorang mula2 ke kuantan parade cari hadiah untuk kawan aku,kat kuantan parade tu aku tengok anak-anak bangsa aku macam2 fesyen de!macam-macam adaa!yang perempuannya pakai macam anak bukan orang ISLAM!tudung x payah cakapla kan..leh kira yang pakai tudung,org yang free hair lagi ramai..yelakan!Malaysia ni kan panas..kalau pakai tudung lagi la panaskan(xpe kat akhirat nanti ko tau la apa makna panas yang sebenar yer!).Mesti pelancong2 dari luar negara pelik tengok Malaysia kan yela kata NEGARA ISLAM CONTOH tapi yang pakai tudungnye berapa kerat je..hak2.ni la namanye lawak.Yang lelaki pun hebat jugak,xdak subang kat telinga x sah habaq hang!kurang ganah orang tranung kater.Lelaki memakai subang tu da jadi perkara biasa bagi bangsa aku sekarang..hmm..budak2 sekolah sekarang pun da pandai bertindik.da per cer bai??lu agama pe bai??sampai lu bertindik-bertindik ni??ikut mahzab mane ni lam ISLAM leh bertindik ni??SEMAKIN KURANG AJAR ORANG KITA SEKARANG!!X hormat agama langsung!Sedih aku tengok.Pe la mak bapak dorang buat yer sampai anak-anak leh bertindik,pakaian macam orang x cukup kain bgi yang perempuan.ALLAHU RABBI!sedih tengok orang Melayu hina agama sendiri..Bapak akan dapat title DAYUS kalau biakan anak2 dia lakukan mende2 yang haram dalam ISLAM kalau dia x marah,kalau dia x nasihat!ey bang orang dapat title dayus ni xleh masuk syurga tau!!duduk di neraka jahanam la jawabnya! sekarang ramai golongan mak bapak biakan jer anak2 berbuat sesuka ati,anak lelaki nak pakai subang biaq p laa,asal sekolah p,asal dapat A time exam.golongan mak bapak cam ni kita x panggil orang!yang bapak tu lembu!yang mak plak kambing!lahirkan anak keluar anak LEMBING(LEMbu+kamBING).Patut anak-anak sekarang makin biadap terhadap agama!sebab mak bapak lembu ngan kambing yang si anak plak lembing!elok sangat!orang kata XKAN HILANG MELAYU DIDUNIAMEMANG MELAYU X HILANG,YANG HILANG IALAH JATI DIRI ORANG MELAYU!JATI DIRI KITA YANG BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP AGAMA TU YANG ILANG HABAQ KAT HANG!.sambung balik cerita pastu aku terpaksa ikut member2 rumah aku ni g nyanyi kat the store,aku terpaksa la ikut da tumpang kereta orang kan,time tu da kul 12.dorang tempah bilik nyanyian tu sampai kul 1.Takut jugak aku kalau de G.R.O2 ke..nasib baik xde.Masa dorang tengah nyanyi tu aku perhatikan lirik lagu tue..YA ALLAH banyaknye lagu-lagu yang membawa unsur2 syirik!SubhanALLAH!lagu-lagu Melayu bang!bukan lagu orang putih pun.contoh lagu ni yang sempat aku dengar
"TIADA LAFAZ YANG LEBIH AGUNG KALIMAH CINTAMU"boleh ke nyanyi lagu camni?kita kadang-kadang x sedar..kita nyanyi je selagi boleh.Asal sedap bunyi main tibai jer..Rancangan yahudi laknatullah memang da memerangkap kita umat ISLAM.tapi kita x sedar hal sebegini.kalau terlintas difikiran pun kita akan jawab kebetulan je ni..kan?kita ni berat nanang doh.Jauh doh tinggal ajaran ISLAM yang sebenar.lepas g nyanyi2 kitaorang g teluk cempedak plak..tapi nanti la aku cerita lagi.penat da menaip..
assalamualaikum.
komen aku kat sorang senior UMP.
Salam,
merujuk kepada tajuk memo, kami pelajar thn 4 sebernarnya banyak berduka cita dengan mechapro. Pelbagai aktiviti yg telah dijalankan tidak memeuaskan semua ahli dan kebanyakkannya hanya mementingkan ahli jawatan kuasa mechapro sahaja.
Kami juga takut, program makan malam terakhir ni jd program makn malam terburuk kami dengan bayaran yg agak tinggi untuk tempoh satu malam sedangkan ajk mechapro yang memperoleh keselesaan dan keuntungan daripada program tersebut.
Satu lagi contoh terdekat adalah program ke grand prix. Kami hanya dengar desas desus sahaja dan tiada makluman kepada ahli yang lain
So, semoga pihak Fakulti dan mechapro dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan perkara ini dengan program2 yang lepas yang pernah dijalankan oleh mechapro.
Kami amat merasai perbezaan penjagaan kebajikan daripada pihak mechapro pada kebelangan ini berbanding tahun2 yang sebelumnya.
Saya bagi pihak pelajar tahun 4 ingin memohon maaf diatas teguran dan luahan ini.
semoga pihak mechapro akan terus berjalan dengan lebih baik dan segak (ada bj br plak ke).
Sekian.
Salam dan mintak maaf.
(wakil pelajar fkm thn 4)
aku balas memo dia
assalamualaikum w.b.t
saudara,saya salah sorang exco MECHAPRO.disini saya ingin memberi penjelasan tentang apa yang saudara katakan.Pertama adalah bayaran tinggi tentang program MAF.Untuk pengetahuan saudara tiada keuntungan diambil untuk program ini,malahan untuk program ini pihak mechapro telah banyak mengeluarkan dana untuk menampung kekurangan yang ada.RM 36 yang dikenakan itu sebenarnya telah murah kerana harga makanan yg dicas oleh pengurusan bukit gambang ialah rm38 dan hadiah yang akan disediakan juga bernilai RM 10.Ajk2 yang dikatakan m'punyai layanan istimewa juga perlu membayar untuk program ini.Namun jika pihak kami tidak mengenakan bayaran terhadap mereka pun xpe,Kerana mereka buat kerja pun pakai duit diorang sendiri.Duit minyak kereta untuk cari tempat program,untuk cari hadiah,duit minyak kereta untuk berurusan dgn syarikat pengurusan gambang,duit kredit phone diorang,diorang tak pernah mengira.MECHAPRO x pernah bagi duit untuk peruntukan seperti duit minyak,duit top up.kerana MECHAPRO adalah kelab fakulti yang menjaga hal-hal kebajikan student bukan kelab untuk cari duit@cari keuntungan..saya harap saudara paham.Mengenai gp sepang student yang menyertai program tersebut ialah student yang menyertai program shell eco marathon.kami ke sana untuk cari tajaan untuk program tersebut..tambahan program tersebut akan dijalankan disepang pada awal julai tahun depan.Mengenai kebajikan.Saudara fikir pihak mana yang menolong staff FKM berpindah ke PEKAN??Saudara fikir pihak mana yang memastikan bahawa pusat sumber dijadikan surau?saudara fikir pihak mana yang berjuang menentang supaya jadual FKM diPekan tidak ada kelas malam?kami wahai saudara..kami pihak mechapro..tapi adakah saudara itu semua?tentu sekali tidak..Disini saya ingin menegur saudara sedikit,walaupun saudara tahun 4 dan saya tahun 2 tapi jgn lupa Nabi muhammad junjungan kitapun pernah ditegur oleh saidina abu bakar,jadi saya rasa saya berhak menegur saudara.Apa motif saudara cc kan memo yang saudara hantar kepada semua pelajar FKM?tiada lain tiada bukan untuk menjatuhkan krebiliti dan maruah sekumpulan mAhupun seseoranng bukan?adakah itu cara yang diterapkan oleh ISLAM?jika ia kami bersalah sekALIPUN saudara WAJIB berbincang hal ini dengan pihak mechapro terlebih dahulu.ORANG YANG MEMBAWA FITNAH ADALAH ORANG YANG MELAKUKAN DOSA BESAR.Sepatutnya saudara wajar memikirkan kesusahan orang lain terlebih dahulu sebelum menghentam pihak tertentu.Kami di mechapro hanyalah manusia biasa,Bukan Tuhan saudara.mana mungkin manusia tidak punya kelemahan.Mengkritik tidak salah namun sebelum kritik fikirlah terlebih dahulu.Saya berharap jika saudara ini ISLAM wajarlah saudara memohon maaf kepada pengarah program maf.Kerana beliau banyak bersusah payah bagi menjayakan program itu.sekian
jika ada sebarang masalah saudara boleh call saya.Jangan mudah percaya cerita dari mulut orang selidik la dulu.0179691066
jika sy terkasar bahasa atau kurang sopan maafkan saya.
assalamualaikum
Sunday, November 1, 2009
berjalan dan berjalan
assalamualaikum w.b.t..
3 hujung minggu berturut-turut aku xde kat U.M.P.Asal hujung minggu je aku lesap.Pada hujung minggu pertama aku ke USM untuk program 1 SISWA 1 MALAYSIA.Ramai pemimpin pelajar yang aku jumpe kat sini.kat sini just banyak berbahas pasal 1 MALAYSIA,penat berhujah.aku kurang minat skit program yang dijalankan MPP USM ni..bored la,pasal aku sendiri pun kurang paham pasal 1 MALAYSIA.Minggu ke 2 aku ke U.M..Ha yang ni memang best!MPM UM punya program memang gempak.program FEMINA 09(festival mahasiswi national).Program ni sangat bagus,membincangkan hal-hal masalah mahasiswi,mahasiswa dan masyarakat.Program ni lebih kepada ISLAMIK skit.Banyak jugak hujah-hujah yang aku lontarkan kerana aku rasa ia lebih melibatkan agama.Dan kat UM ni jugak aku jumpe lgi ramai pemimpin hebat antara kak ijan(senator syarizat abdul jalil),datuk suhaimi dan x lupa pengarah program ayuni s/u MPMUM.minggu ke 3 aku ke sepang international circuit!tengok GP bohh..rossi menang!seperti yang disangka-sangka..k la..aku nak sambung study..test 2 dan final menanti..salam..

