Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Beri peluang Mahasiswa berpolitik

Entah apa yang ditakutkan,penyertaan mahasiswa dalam mewarnai arena politik negara dilihat sesetengah pihak tidak kena pada masanya hingga pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.mahasiswa sudah pasti tidak mahu mempersiakan peluang yang diberikan dengan terbabit dalam perkara yang merugikan.Sudahlah hak dan kebebasan bersuara bagai dicabuli, dilempar pula tanggapan dan sindiran sinis sehingga suara mereka seperti anjing menyalak bukit.Hairan, Mereka diajar bersuara jika tidak puas hati tapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka 'dipancung'.

Alasannya, mereka tiada keperluan terbabit dalam gelanggang itu, kurang matang, terlalu emosi dan mudah dieksploitasi pihak tertentu. Adakah wajar sedangkan pada masa sama, semua pihak mahu mahasiswa menjadi golongan kelas pertama, apatah lagi mereka adalah generasi pewaris negara? Namun, ada pihak yang peka dan memberi kepercayaan dengan alasan, mereka sudah besar, terpelajar dan tahu membezakan baik buruk. Melihat fenomena yang berlaku ini, timbul tanda tanya, di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara? Profesor politik dan kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu.

Beliau berkata, senario politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.
"Masyarakat kita agak skeptikal apabila membincangkan isu politik, padahal ia satu proses pembelajaran berterusan.
"Berpolitik tidak semestinya menunjukkan tanda menentang, membantah atau bertindak ganas tapi lebih kepada menyampaikan suara hati.

"Ada pihak takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga sanggup merampas hak golongan itu dan memperkenalkan pelbagai akta," katanya.Dr Jayum berkata, pengenalan akta atau sekatan boleh dilakukan, namun harus dipastikan ia tidak membunuh bakat dan kepemimpinan mereka."Sepatutnya kita memberi galakan, memantau atau membimbing mereka. Jika ada sekatan, yang ruginya mahasiswa.

"Daripada membelenggu keinginan itu, beri peluang mereka meluahkan segalanya. Namun biarlah dengan cara betul sebagai membuktikan mereka golongan terpelajar dan terpilih," katanya.Mengulas mengapa mahasiswa dulu suka berdemonstrasi dan bertindak agak keterlaluan, Dr Jayum berkata, mungkin kurangnya medium menyuarakan pendapat.


"Hari ini sudah banyak medium, ada Majlis Perwakilan Mahasiswa di setiap universiti dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan tempat mereka mengadu."Justeru, tiada sebab mereka perlu bertindak agresif melainkan ada pihak yang mahu ambil kesempatan," katanya.


Bagaimanapun, beliau bersetuju kebebasan berpolitik itu perlu dipantau serta dibimbing supaya kepercayaan itu tidak disalah guna atau diambil kesempatan pihak yang mempunyai kepentingan."Mengenakan pelbagai sekatan tidak membantu tapi perkenalkan satu mekanisme berkesan sebagai tujuan keselamatan dan pencegahan.


"Kita perlu memberi mereka peluang menonjolkan kemampuan kerana bukan semua mempunyai karisma bergelar pemimpin," katanya Bekas Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Anas Ali berkata, keengganan masyarakat mengiktiraf dan mempercayai mahasiswa menyebabkan golongan itu memberontak.


Menurutnya, bukan semua mahasiswa menggunakan politik bagi tujuan peribadi tetapi ia digunakan sebagai saluran mencabar kemampuan diri apabila berdepan masyarakat sebenar."Berdasarkan pengalaman, mahasiswa hari ini tidak mahu terkongkong kepada akademik semata-mata, malah mahu terbabit sama dalam persoalan negara dan masyarakat.


"Saya melihatnya sebagai satu kebangkitan baru dunia mahasiswa. Mereka perlukan sokongan dan kepercayaan bukan dikritik keterlaluan atau dilabel yang kurang enak," katanya.

harian metro(4 mei 2010)


ULASAN PENULIS YANG DAIF


Pertamanya,mari kita ungkapkan kembali kata-kata seorang Tokoh Mahasiswa tahun
1960an dulu yang mana beliau mengatakan 'Dunia ini milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah',jadi anak muda yang akan merubah dunia sepatutnya diberikan pendedahan tentang segala hal,samada Politik,Agama,sosial dan lain-lain.Dengan adanya pendedahan yang lebih awal ia sedikit sebanyak akan mematangkan anak muda dan akan memberikan persediaan yang mantap kepada anak muda untuk bersedia menghadapi cabaran dalam merubah dunia.

Kami anak muda diajar(teori) dari kecil untuk bersuara jika menghadapi masalah,teraniaya.kami diberikan contoh-contoh terbaik dalam subjek sejarah semasa di sekolah,seperti perjuangan menentang imperialis Belanda di Indonesia yang mana dimulakan oleh anak-anak kampus,tetapi mengapa bila kami sudah bersedia mengamplikasikan apa yang kami belajar suara kami disekat??pelik.Bersuara bukannya bermaksud menentang!tetapi kami mahu hak keadilan itu tertegak!itu aje.

Mengenai isu kami dilarang berpolitik kerana tidak matang@terlalu emosi@mudah diekspotasi.Jawapannya mudah,kebanyakkan diantara kami,iaitu Mahasiswa yang sudah layak mengundi pada pilihan raya umum negara,adakah ini dikira tidak matang?sedangkan kerajaan memilih umur 21 tahun layak mengundi adalah kerana umur 21 tahun itu sudah cukup matang!sudah mampu menilai sendiri tanpa dipaksa dan tidak mudah untuk ditolak kekiri dan kekanan.jadi kami menegaskan disini bahawa,kami sudah matang!walaupun x sematang orang yang berumur 50 tahun,tapi sekurang-kurangnya kami matang!

Setiap hal yang berlaku mesti ada had dan ada pengawasan,jika tiada pengawasan pasti hancur binasa.Manusia sendiri mempunyai hukum hakam dalam agama,disebabkan apa?untuk membantu manusia supaya tidak lari dari tujuan asal,iaitu berbakti kepada Pencipta.Begitu juga Mahasiswa,pada penulis auku untuk Mahasiswa perlu ada tetapi section yang menyekat kebebasan Mahasiswa untuk bersuara,untuk menyatakan pendirian perlu dihapuskan!penulis bersetuju dengan pandangan Dato Saifuddin,Timbalan Menteri pengajian tinggi Malaysia mengenai Auku ini.

Akhir kata,suara anak muda@Mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan kepada kegelisan rakyat marhain.Laungan nyaring mereka adalah detak hati yang merindui masyarakat adil tertegak diatas muka bumi tercinta ini.

Thursday, April 8, 2010

Cabaran bergelar anak kampus(cerita semester ini)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini pelbagai dugaan dan karenah "dijamukan" pada mahasiswa.Pelbagai aneka isu yang disajikan,daripada juadah isu yang sekecik karipap sehinggalah sebesar kerbau panggang!kalaulah isu@masalah sesedap kerbau,sudah pasti ramai mahasiswa yang sukakan pada isu@masalah!mungkin akan "mewujudkan" sendiri isu@masalah untuk dihidangkan pada JHEPA!itu pun kalau isu@masalah seenak kerbau panggang la!tapi hakikatnya,isu@masalah merupakan sesuatu yang memeritkan bagi mahasiswa.Tapi hairan lagi ajaib!walaupun isu@masalah itu memeritkan ada je mahasiswa yang suka "mempergunakan" isu untuk kepentingan sendiri!Menjadikan isu untuk mempopularkan diri sendiri!apa punya mahasiswa daa.pening-pening!

Sebelum bergerak lebih laju,mari "recall" dulu apa itu mahasiswa.Mahasiswa dikatakan merupakan golongan terpenting dalam strata masyarakat yang mana merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan.dibahu mereka digalas harapan masyarakat untuk melihat bumi ini dilimpahi berkah.wah!cukup hebat definisi mahasiswa,tapi nak tergelak bila tengok realiti mahasiswa sekarang!langsung tidak layak untuk didefinisikan sebegitu hebat!sang penulis pun sama je!haha.

Mengikut definisi mahasiswa yang telah dihuraikan,yang mana cukup gah itu!menunjukkan bahawa mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai!datanglah beribu isu@masalah sekalipun pasti mahasiswa akan berdepan isu@masalah itu dengan bijaksana!akan menyelesaikan@membedah isu@masalah dengan sebaiknya!Ulang balik,mahasiswa ialah golongan yang akan berdepan dengan isu@masalah dengan sebaiknya dan akan mengambil jalan dan cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu isu atau sesuatu masalah!

Terdengar juga rakan-rakan bersembang mengenai isu demostrasi secara aman,wah!demostrasi tuh!bersemangat jugak nak join!!yelaa,tak pernah lagi join demostrasi nih!kena tuduh join demostrasi I.S.A adalah,tapi kena tuduh jela!haha.Kaji punya kaji pasal demostrasi tuh rupa-rupanya "teriakan-teriakan" yang nak adakan demostrasi tuh bergema di blog!yang mana pencadang demostasi tuh guna "anonymous"!lam hati penulis menjerit hampeh!hampeh!hampeh!!ingat berani sangat nak jadi kepala ketuai demostrasi tuh!tapi PENAKUT jugak!

Duduk bersembang dengan tokoh mahasiswa terdahulu(sekarang ahli parlimen) dengan berbual topik demostrasi nih,hasilnya kurang menggalakkan!beliau berkata zaman dulu boleh berdemo,sekarang tak berapa sesuai!zame loni kito maju doh!ado banyok caro lagi!berdiskusi ko!berseloroh dengan bahasa kelantan beliau.Hmm termenung seketika fikirkan kata-kata beliau.Pendapat penulis,lupakan "teriakan-teriakan" kecil yang konon-kononnya kuat brgema tuh!kuat bergeam lam blog buat apa!bagi penulis cara yang terbaik ialah kita ramai-ramai duduk berbincang semeja dengan pihak berwajib,PERAHkan semua idea,KUMPULKAN!PACKING cantik-cantik dan laksanakan!at least ada jugak hasil yang terbentuk!hasilnya ialah "cadangan"!dari buat demostrasi tu apa kita dapat??nothing!masalah bukan boleh selesai pun,tapi tambah masalah adalah!Ada kala penulis bersetuju dengan demostrasi ni,macam demostrasi membantah serangan isreal terhadap Palestin yng kita cintai!tapi tidak pada demostrasi mengenai isu penempatan kolej kediaman 5!kalau kita berdemo 4 jam pun!bukan boleh siap pun kolej tuh!baik duduk berbincang kumpulkan idea!idea tuk ugut kontaktor tu ke pe ke!at least ada hasil!

Gunakan kematangan kita,gunakan kecerdikkan kita selaku mahasiswa untuk "solve masalah ini!JANGAN BIKIN MALU MAHASISWA MAA!Apa pun jom boikot konsert yang diadakan lam kampus!yeah!

Thursday, March 18, 2010

SUARA ORANG MUDA PERLU DI DENGARI!!!





Jangan perlekeh orang muda (Utusan Malaysia/Rencana 3/2/2010)



Membina modal insan - intelektual, kreatif dan inovatif - bukanlah mudah. Satu daripada langkahnya ialah mewujudkan iklim yang kondusif untuk pembangunan insan bersepadu di pelbagai peringkat seperti sekolah, universiti dan institusi belia.

Ketika melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) pada 27 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif. Ini bagi mewujudkan ekosistem yang mengupayakan budaya kreatif dan inovasi yang melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang.

Majoriti guru, pensyarah dan pengurus belia serta pemimpin sekolah, universiti dan institusi belia komited dengan agenda ini. Bagaimanapun, malangnya, terdapat juga keadaan-keadaan yang sebaliknya, di mana sesetengah orang muda bukan sahaja tidak disediakan dengan iklim yang kondusif itu, malahan terdapat mereka yang diperlekehkan.

Sesetengah pihak menganggap gejala memperlekeh orang muda jarang berlaku. Tetapi, oleh kerana keunggulan jarang berlaku jika dibandingkan dengan kehambaran, maka, perkara yang jarang berlaku usah dipandang ringan. Sebenarnya, ia dianggap jarang berlaku kerana ia jarang dilaporkan atau dibincangkan dengan terbuka.

Namun, jika dilihat komentar tentang hal ini dalam facebook saya, maka ia tidaklah sejarang yang dijangka. Di samping itu, sesetengah orang tidak faham akan makna memperlekeh orang muda, lalu mengatakan yang gejala ini jarang berlaku.

Gejala memperlekeh orang muda muncul dalam beberapa bentuk.

Pertama, orang muda dilemparkan dengan kata-kata kesat dan sindiran. Contoh yang berlaku di sekolah ialah, "saya tak peduli awak siapa", "budak kampung", "saya tarik balik restu saya sebagai guru", "saya makan kasut kalau awak lulus" dan "awak berdoalah sajalah".

Contoh di universiti ialah, "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus", "belum lulus universiti dah nak cakap pasal politik", "sudut pidato pasti berkubur", "awak siapa nak berhujah dengan saya? Saya profesor" dan "aku pegawai, atau engkau pegawai?"

Contoh dalam gerakan belia pula ialah, "awak pemimpin masa depan, sekarang ni jangan campur urusan kepimpinan", "kalau bukan wakil rakyat tak mampu memimpin persatuan belia" dan "idealisme tahi kucing".

Kedua, orang muda dikenakan peraturan atau hukuman yang keterlaluan. Terdapat kes pelajar sekolah yang telah pun selesai menjalani hukumannya, tetapi terus tidak dibenarkan mewakili sekolah/rumah dalam kokurikulum atau membuat persembahan pentas atau keluar ke bandar (jika di sekolah berasrama) hinggalah tamat persekolahannya. Ini bermakna beliau dihukum dua kali. Ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang termaktub dalam Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan yang menegah berlakunya "dwi-dakwaan".

Di universiti, terdapat kes mahasiswa yang dianggap bersalah (sebelum diadili), tetapi akibat tidak dapat dibuat pertuduhan kesalahan yang spesifik, maka beliau dihadapkan juga ke lembaga disiplin atas pertuduhan yang tidak munasabah seperti "menjatuhkan nama baik universiti". Justeru, tidak dapat dibayangkan sejauh manakah ketidakadilan yang berlaku sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada 2009.

Dalam gerakan belia, pernah terdapat dua buah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dinafikan hak peruntukan kewangannya semata-mata kerana berbeza pendirian dengan pemimpin atasan agensi kerajaan yang berkaitan.

Ketiga, bakat orang muda dibunuh. Terdapat pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mewakili negeri dalam sukan yang kelengkapannya tidak terdapat di sekolah, seperti squash, boling dan renang, yang ibu bapanya bersedia berbelanja sendiri untuk jurulatih dan latihan di luar, kerana memahami yang sekolah tidak mampu menyediakannya. Malangnya, sudahlah sekolah tidak menyediakan kemudahan pengangkutan, dan ibu bapa menyediakannya sendiri, pelajar berkenaan disukarkan pula mendapatkan kelulusan untuk pergi berlatih.

Terdapat idea atau program yang hendak disampaikan atau dilaksanakan oleh mahasiswa dikekang, kerana mahasiswa itu dilabelkan sebagai pembangkang. Lebih dahsyat lagi, idea atau program tersebut diberikan kepada mahasiswa lain untuk melaksanakannya. Dalam kes lain, oleh kerana tidak faham akan kepentingan sesetengah kokurikulum, seperti debat dan bola keranjang, maka, ia kurang disokong.

Terdapat idea daripada pemimpin belia yang tidak diendahkan kerana beliau tidak bergelar, berharta atau berjawatan tinggi. Anehnya, idea itu kemudiannya digunakan oleh pemimpin agensi kerajaan (yang menolak idea tersebut), tetapi tanpa sebarang pengiktirafan kepada pemimpin belia itu.

Keempat, orang muda tidak dibolehkan berbeza pendapat. Jika berbeza pendapat, pelajar tidak diberikan restu, mahasiswa dilabelkan sebagai pembangkang, manakala belia dituduh hendak tunjuk pandai.

Dan kelima, suara orang muda dinafikan. Terdapat pelajar yang telah dipilih oleh persatuannya menjadi ketua, tetapi dipaksa oleh sekolah supaya melepaskan jawatan kerana kononnya prestasi akademiknya buruk. Tetapi, syarat akademik itu tidak wujud ketika pemilihan dibuat, dan pelajar itu tidaklah buruk prestasinya. Lebih kasihan ialah pelajar itu telah pun bekerja keras mengetuai persatuannya untuk satu tempoh masa yang signifikan, termasuk berjaya mengumpulkan sejumlah besar penajaan bagi persatuan.

Terdapat mahasiswa antarabangsa yang telah dipilih menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT), tetapi dipaksa oleh IPT itu supaya melepaskannya kerana kononnya jawatan itu hanya boleh dipegang oleh mahasiswa Malaysia, sedangkan syarat itu tidak wujud.

Seorang Presiden MBM pernah dinafikan haknya berucap seperti yang sepatutnya di Perhimpunan Hari Belia Negara.

Tetapi, bukan orang muda sahaja yang berhadapan dengan gejala ini. Ada guru debat yang berjaya lima tahun berturut-turut membawa pasukannya ke pertandingan akhir, dan tiga kali menjadi johan, tetapi, bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada sekolahnya, malahan, lebih teruk lagi, beliau diberikan markah rendah dalam laporan penilaian prestasi tahunan kerana kononnya debat tidak termasuk dalam sasaran kerja tahunan.

Ada pensyarah yang menjalankan tugas hal ehwal pelajar (HEP) dengan cemerlang, tetapi tidak mendapat penilaian prestasi yang sewajarnya kerana kerja-kerja HEP tidak diiktiraf oleh ketuanya.

Ada pegawai belia yang begitu komited, yang sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tenaga, tetapi tercicir dalam pengiktirafan kepada pegawai lain yang pandai mengampu atau mempunyai talian dengan orang besar.

Gejala buruk ini mesti dihentikan segera. Oleh kerana ia berlaku di peringkat akar umbi, maka, Menteri dan pegawai tinggi sahaja tidak mampu menanganinya. Ia memerlukan keberanian sosial setiap seorang daripada kita untuk merubahnya.

Penulis ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)

Friday, January 22, 2010

Pentas telah disediakan,kita macamana?sudah bersediakah untuk berubah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.Pentas telah
disediakan!ayuh kita bersatu dan berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama!kita kumpulkan suara MAHASISWA dan MAHASISWI,kita SATUkan suara kita.Kalau
bukan kita yang mulakan,kalau bukan kita yang perjuangkan,siapa lagi wahai sahabat-sahabatku sekalian.AYUH KITA BANGKIT!AYUH KITA MAJU KEHADAPAN!AYUH!KITA MULAKAN
SESUATU YANG BARU,SESUATU YANG MAMPU MERUBAH TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP
MAHASISWA!AYUH KITA SAMA-SAMA MENJADI MAHASISWA YANG CAKNA TENTANG ISU SEMASA!bersatulah kita semua,supaya kita tidak
mudah untuk ditindas dengan sewenang-wenangnya!jadikan isu L.I (latihan industri)
sebagai satu pengajaran buat kita semua,semoga selepas ini tiada lagi kelebihan-
kelebihan yang ada di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ini ditarik dengan mudah oleh pihak tertentu..

Assalamualaikum warahmatullah..

Bismillahirahmanirahim
dengan nama ALLAH yang maha mengetahui segalanya..dengan ini saya mengumumkan
bahawa saya akan bertanding untuk MPP UMP di kerusi umum.AYUH
RAKAN-RAKAN KITA SAMA-SAMA BERGANDING BAHU UNTUK MEMPERTAHANKAN
KEBAJIKAN KITA SEMUA!

Wednesday, November 4, 2009

TAHUN 2 mekanikal UMP!!KITA SELAMAT..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

YEAH!!kita selamat!akhirnya LATIHAN INDUSTRI KITA macam biasa!iaitu akhir semester(semester 8)..Alhamdulilah ya ALLAH!kami bersyukur kehadratMU ya ALLAH. Tahun 2!dengar pesanan aku,tolong alert pasal isu semasa yang berkaitan dengan kita..supaya kita tak senang nak dipergunakan dan dipermainkan!SUARA MAHASISWA KERAMAT! MAHASISWA UMP ADALAH MAHASISWA YANG PEDULI TENTANG ISU SEMASA!dan kat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada tahun 2 yang hadir pada perjumpaan kita di DKU 2 hari isnin yang lepas,even separuh je yang hadir tapi alhamdullilah dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh rakan2 semua kita mampu..kita mampu untuk mengoncang dunia.TAHNIAH PELAJAR TAHUN 2 MEKANIKAL U.M.P!

Kepada pelajar tahun 1 anda akan menjalani latihan industri pada cuti semester 6 selama tiga bulan.Jadi jika anda ingin mengubahnya,cadangan saya mulakanlah dari sekarang!jangan tunggu semester depan!ingat apabila pihak yang terbabit sudah bergerak jauh dihadapan sukar untuk anda mengundurkan mereka.HARAP ANDA FAHAM..


MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN
EXCO AKADEMIK MECHAPRO 08/09

Saturday, August 22, 2009

mane erti keadilan??

1. Tok Guru kata: Kalau orang jahat fikir mereka samseng sangat, di akhirat kelak, mereka akan tahu Allah lebih samseng (kuat).

Akhbar kata: Tok Guru kata Allah Samseng! (kalau tok guru kata orang zalim yang ganas perlu ingat bahawa di akhirat kelak, azab Allah lebih ganas, nescaya akhbar barua pengampu ini akan kata Tok Guru kata Allah pengganas)

2. Tok Guru kata: Kita sedia berunding dan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh diperbaiki.

Akhbar kata: Oh. Tok Guru setuju kerajaan perpaduan

3. Tok Guru kata: Nasihat saya tak mesti didengar

Akhbar tulis tajuk besar-besar : 'NASIHAT SAYA MESTI DIDENGAR'

4. Tok Guru kata: Islam stail **** tak membawa ke syurga kerana menentang perundangan Islam.

Akhbar kata: Tok Guru dah menghina. Mempolitikkan agama.

5. Tok Guru kata: Saya tak pelik DAP hina Islam kerana mereka kafir tapi saya pelik orang Islam hina Islam. Kita akan tarbiyah dan nasihat DAP.

Akhbar kata: Tok Guru benarkan DAP hina Islam.

Sunday, August 16, 2009

Kepimpinan ulama pilihan terbaik.



"Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din

Surat Debat Tok Guru Kepada PM..(berani kerana benar.)

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat