Saturday, August 4, 2012

Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya


"Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya"


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا

KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)


عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa


ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya


وفيما سواه في الورى كان أعجما

Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا

Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap


تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Sunday, June 10, 2012

Permohonan maaf secara terbuka kepada sahabat sekalian,


Permohonan maaf secara terbuka kepada sahabat sekalian,

Bismillahirrahmanirahim,

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang menjadikan malam dan siang sebagai tempat bekerja dan berehat. Segala puji bagi Allah menciptakan di dalam hati-hati manusia itu rasa kasih dan sayang. Segala puji bagi Allah S.W.T.

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada.Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian, Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya sesi pembelajaran saya selama empat tahun di UMP hampir sampai ke penghujungnya.Kita manusia dikurniakan hati dan kita juga tidak hidup keseorangan di bumi Ilahi ini, ada masyarakat di sekeliling kita, dan apabila kita hidup bermasyarakat,tidak dinafikan,pasti akan ada hati yang terluka dengan perbuatan kita. Itu adalah normal. Dan normal untuk kita marah atau terasa dengan perbuatan orang lain yang tidak persefahaman dengan kita atau dengan kesalahan yang telah dilakukan nya terhadap kita. Tetapi,kita sebagai umat Islam,tidak boleh terasa atau tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain,kita tidak boleh menyimpan dendam.Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian? Ini jawapannya:

kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Dan ini buktinya,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Bersesuaian dengan Firman Allah S.W.T dan hadis Nabi S.A.W, dengan ini,dengan rasa rendah diri saya MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN,MA08115 ingin memohon seribu kemaafan dan ampun sepanjang persahabatan kita selama 4 tahun ini jika saya ada membuat perkara atau hal yang membuatkan Saudara Saudari rasa tidak senang, sakit hati atau sewaktu dengannya terhadap saya. Jika bersandarkan pada mazhab Syafie setiap kesalahan yang dilakukan perlu diterang secara jelas dan mesti diberitahu satu persatu kesalahan yang telah dilakukan untuk dimaafkan oleh sahabat-sahabat sekalian, jadi elok kiranya jika saya bertaklid pada mazhab Maliki, memohon kemaafan secara terbuka tanpa khusus kepada kesalahan yang telah saya lakukan. Saya juga ingin memohon maaf sepanjang penglibatan saya dalam kepimpinan jika ada pihak yang tersinggung diatas cara saya dalam memimpin. Secara jujurnya saya kira kesalahan yang paling banyak dilakukan terhadap saudara saudari adalah ketika mana saya terlibat dalam hal-hal kepimpinan, sekali lagi jari sepuluh diangkat sebagai tanda memohon kemaafan,tiada apa yang dapat dilakukan selain dari memohon kemaafan,semoga kita semoga tergolong dalam golongan dibuka hatinya oleh ALLAH S.W.T untuk mudah memaafkan pihak lain,amin!

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

Semoga kita semua Berjaya dimasa akan datang, InsyaALLAH.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

Yang mengharap kemaafan,
Hazwan Syafiq
10/6/2012