Permohonan maaf secara
terbuka kepada sahabat sekalian,
Bismillahirrahmanirahim,
Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang menjadikan malam dan siang sebagai tempat bekerja dan berehat. Segala puji bagi Allah menciptakan di dalam hati-hati manusia itu rasa kasih dan sayang. Segala puji bagi Allah S.W.T.
"Hendaklah
mereka memberi maaf dan melapangkan dada.Tidakkah kamu ingin diampuni oleh
Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian, Syukur kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat-Nya sesi pembelajaran saya selama empat tahun di UMP hampir
sampai ke penghujungnya.Kita manusia dikurniakan hati dan kita juga tidak hidup
keseorangan di bumi Ilahi ini, ada masyarakat di sekeliling kita, dan apabila
kita hidup bermasyarakat,tidak dinafikan,pasti akan ada hati yang terluka dengan
perbuatan kita. Itu adalah normal. Dan normal untuk kita marah atau terasa
dengan perbuatan orang lain yang tidak persefahaman dengan kita atau dengan
kesalahan yang telah dilakukan nya terhadap kita. Tetapi,kita sebagai umat
Islam,tidak boleh terasa atau tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau
dalam kata lain,kita tidak boleh menyimpan dendam.Kenapa kita tidak boleh
berbuat demikian? Ini jawapannya:
kerana Allah SWT itu Maha
Pengampun.
Dan ini buktinya,
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Bersesuaian
dengan Firman Allah S.W.T dan hadis Nabi S.A.W, dengan ini,dengan rasa rendah
diri saya MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN,MA08115 ingin memohon seribu kemaafan
dan ampun sepanjang persahabatan kita selama 4 tahun ini jika saya ada membuat
perkara atau hal yang membuatkan Saudara Saudari rasa tidak senang, sakit hati
atau sewaktu dengannya terhadap saya. Jika bersandarkan pada mazhab Syafie setiap
kesalahan yang dilakukan perlu diterang secara jelas dan mesti diberitahu satu
persatu kesalahan yang telah dilakukan untuk dimaafkan oleh sahabat-sahabat
sekalian, jadi elok kiranya jika saya bertaklid pada mazhab Maliki, memohon
kemaafan secara terbuka tanpa khusus kepada kesalahan yang telah saya lakukan. Saya
juga ingin memohon maaf sepanjang penglibatan saya dalam kepimpinan jika ada
pihak yang tersinggung diatas cara saya dalam memimpin. Secara jujurnya saya
kira kesalahan yang paling banyak dilakukan terhadap saudara saudari adalah
ketika mana saya terlibat dalam hal-hal kepimpinan, sekali lagi jari sepuluh
diangkat sebagai tanda memohon kemaafan,tiada apa yang dapat dilakukan selain
dari memohon kemaafan,semoga kita semoga tergolong dalam golongan dibuka
hatinya oleh ALLAH S.W.T untuk mudah memaafkan pihak lain,amin!
“Seorang
muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah
menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa
tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah
besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan
darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan
kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat
Muslim].
Semoga
kita semua Berjaya dimasa akan datang, InsyaALLAH.
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)
Yang mengharap
kemaafan,
Hazwan Syafiq
10/6/2012