assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat!
kalau dulu bersama-sama MPP 08/09 melalui saluran exco akademik MECHAPRO MEMPERJUANGKAN dan MEMPERTAHANKAN latihan industri selama 6 bulan pada semester akhir,dan usaha itu tidak berjaya,latihan industri itu telah ditukar mengikut kehendak board of engineer iaitu pada cuti semester 6 selama 10 minggu,tapi kita telah mencuba sebaik mungkin!dan yang paling penting ialah kita MAHASISWA dan MAHASISWI TELAH MENCUBA!sistem latihan industri yang baru ini mula digunapakai keatas mahasiswa tahun 1 dari fakulti mekanikal,mahasiswa tahun 2 untuk fakulti awam,fakuti elektrik dan mahasiswa tahun 3 dari fakulti kimia..isu itu telah dianggap selesai dan kita dikehendaki untuk patuh pada arahan board of engineers.kita berbalik pada sistem latihan industri yang baru diperkenalkan ini,kalau dulu(sistem li yang lama) yuran latihan industri itu akan dibayar melalui potongan pinjaman biasiswa,tapi untuk sistem latihan industri yang baru ini,yang dijalankan pada cuti,dimana seperti yang kita maklum sebarang pinjaman tidak akan masuk pada cuti semester,jadi rakan-rakan sekalian,ini bermakna,kita terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membayar yuran latihan industri tersebut,bagi golongan yang kaya,dari pandangan saya tiada masalah untuk membayarnya,tapi mengikut kajian mahasiswa ump ini ramai dari golongan yang sederhana,dan sedikit sebanyak akan membebankan mahasiswa,malahan akan membebankan keluarga juga kerana terpaksa membayar yuran dengan menggunakan duit sendiri(maksudnya bukan dari duit pinjaman).atas dasar rasa bertanggungjawab terhadap rakan-rakan MAHASISWA-MAHSISWI sekalian,Kali ini saya cuba untuk jadi penggerak untuk MENGGESA PIHAK UNIVERSITI MENGHAPUSKAN YURAN LATIHAN INDUSTRI(untuk latihan industri selama 3 bulan pada cuti semester 6)!ayuh rakan-rakan,sama-sama kita perjuangkan isu ini!saya yakin dan saya percaya jika kita bersatu,kita pasti mampu melakukan perubahan!HIDUP MAHASISWA!HIDUP MAHASISWA!HIDUP MAHASISWA!
Tuesday, January 26, 2010
Friday, January 22, 2010
Pentas telah disediakan,kita macamana?sudah bersediakah untuk berubah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.Pentas telah
disediakan!ayuh kita bersatu dan berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama!kita kumpulkan suara MAHASISWA dan MAHASISWI,kita SATUkan suara kita.Kalau
bukan kita yang mulakan,kalau bukan kita yang perjuangkan,siapa lagi wahai sahabat-sahabatku sekalian.AYUH KITA BANGKIT!AYUH KITA MAJU KEHADAPAN!AYUH!KITA MULAKAN
SESUATU YANG BARU,SESUATU YANG MAMPU MERUBAH TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP
MAHASISWA!AYUH KITA SAMA-SAMA MENJADI MAHASISWA YANG CAKNA TENTANG ISU SEMASA!bersatulah kita semua,supaya kita tidak
mudah untuk ditindas dengan sewenang-wenangnya!jadikan isu L.I (latihan industri)
sebagai satu pengajaran buat kita semua,semoga selepas ini tiada lagi kelebihan-
kelebihan yang ada di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ini ditarik dengan mudah oleh pihak tertentu..
Thursday, January 21, 2010
Wahai insan yang bertanggungjawab..
wahai insan yang bertanggungjawab,mengertikah anda masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,pedulikah anda tentang masalah kami?
wahai insan yang bertanggungjawab,fahamkah anda masalah kami?
kami ini MAHASISWA HARAPAN BANGSA,kami ini PEWARIS kepimpinan negara!
kami ini dikatakan 'YOUNG ENGINEERS' oleh anda yang petah menggunakan kata-kata!
tapi kenapa kami dilayan sebegini rupa?kami bertaruh nyawa menaiki bas yang usang menanti masa untuk roboh!kami berpanasan didalam bas yang kelihatan segak diluaran tapi hancur dalamannya!sampai bila kami harus bersabar wahai INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB??sampai bila?sampai ada kes yang berlaku baru tindakan akan diambil?sampai ada diantara kami terpaksa SYAHID dahulukah?mengertilah dan fahamilah WAHAI INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB..

9 jenis anak syaitan(daripada sahabat UMP)
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.