Thursday, December 10, 2009

sedikit info tentang telefon bimbit anda (from pemudaepal.blogspot.com)



Telefon bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sangat berguna di waktu kecemasan.

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam keadaan kecemasan dan berada dalam kawasan yang tiada liputan, cuba dail nombor kecemasan 112, ianya boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan. Dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad locked)

2) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri sebenarnya masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati di saat-saat kecemasan, tentu anda memerlukannya kan untuk menghubungi orang. Oleh yang demikian, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bagaimana mengaktifkannya? Anda perlu menekan kekunci *3370# dan telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon anda akan memberitahu anda tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus dan kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

3) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak aktif dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail kod *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit, catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat yang selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh menghubungi pusat servis telefon bimbit anda dan memberikan mereka kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti berasa hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, telefon bimbit tersebut tetap tidak akan berfungsi. Jadi, walaupun telefon bimbit anda telah di curi, sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri tidak boleh menggunakannya ataupun menjualkannya.

4) SEBAGAI SENJATA
Akhir sekali, telefon bimbit anda sangat berguna bila anda berada dalam situasi berhadapan dengan penjahat atau dikejar oleh anjing. Telefon bimbit anda boleh digunakan sebagai senjata. Hanya balingkannya kepada mereka, insyaAllah penjahat akan cedera parah atau mati. Tapi dengan satu syarat, hanya telefon dalam gambar di bawah ini saja yang menepati syarat...


Jeng3x...









Nokia 3310


Sekian, semoga posting ini memberi manfaat pada anda... (kredit to FeRuM atas info).